Translate

Halaman

Selasa, 18 Januari 2011

Le tua 100 ride

As'salam'mualaikum..
Salam 1 malaysia untuk semua...

Dah dekat2 bersawang blog baru le sibuk nak tulis cerita baru tu pun nasib ada event besor.
Setelah pendaftaran hampir di tutup baru borang penyertaan di hantar ini kerana byk masalah yg di hadapi dari geng2 ni...
Ada yg sbuk bertanya dapat apa masuk lah x dapat cuti lah dan lain2 kerenah..
Bagi aku x kisah biar pun dapat penat sahaja atau tempat last sekali kalau 'cukup kaki' memang nak join ride ni.
Bukan apa pun sekadar nak uji diri di samping melihat basikal2 mahal dan berjumpa teman2 kaki basikal je..

Akhir nya hanya 4 org sahaja yg sanggup ikut iaitu Lokman,Pian@Puyau,Imam Tapa dan Helmi.
Last minit Helmi kene tarik diri sbb 'sister' suruh standby ada kejohanan antara fakulti kata nya..

Ahad pg berkumpul di muneer dan basikal di muat kan ke dalam van yg berjaya di pinjam Puyau dr tmpt keje nya..
Sarapan pg ni tongkat ali dengan roti bakar 1 set dan 2 biji pisang,agak2 cukup ke?

Sampai di Bukit Jelutong org dah penuh dah ready dengan basikal masing2,ada yg road bike,mtb,folding bike semua berjenama nak bwak turun basikal pun malu rasanya tapi bak kata uncle Goh biar basikal murah atau pun mahal yg penting cc kat kaki(thank CMS BIKE yg menaja tiub dan mineral water).
Peserta dr berbagai negeri seperti Kedah,Perak,Penang dan lain2 serta yg paling jauh dr Singapura seramai 20 org..

Ada juga yg dtg berkayuh terus dari Ipoh,caya lah yop,dtg 200km+kayuh 95km+balik 200km+kayuh pergi balik homestay lg,mau 500++km dalam masa 3 hari...
Aje yg kuat deme semua tu,teman tabik spring..

Setelah mengaminkan doa peserta pun di lepaskan kira2 jam 8.30pg.
Laluan kayuhan memang mencabar walaupun jarak cuma 95km sahaja..
Ramai yg menolak terutama nya di dragon back..
Teman pun menolak juga tp satu tmpt sahaja sbb peha dah cram nasib ada lg bahagian perubatan yg standby dan bila dah di spray kayuhan dpat diteruskan ke akhirnya..
Kayuhan ni memang benar2 menguji ke upayaan pembasikal2 yg menyertai nya(terutamanya weekly rider macam teman dan rakan2 bagi yg hardcore macam a piece of cake je gamaknya) ..

Alhamdullilah tiada kecederaan menimpa group ini,cuma lenguh2 betis dan peha ada lah perkara biasa.
Ada juga kemalangan berlaku dan mengalami kecederaan dan mendapat rawatan semasa kayuhan berlangsung..

Tahniah kepada Lokman yg dpat menghabiskan kayuhan penuh walau pun tertinggal agak jauh ke belakang..
Sempat juga pekena burger di mcd hehe..

Makanan yg disediakan kira ok juge smpai 2 bekas teman blasah maklum le lapor cuma rugi tak makan kambing bakar depa kata mmg sedap..

Keseluruhan nya kayuhan ni mmg menarik cuma perlu pembaikan serba sedikit di sini sana contohnya..
-Marshall yg lebih tertumpu ke peloton di hadapan sehingga ada peserta di belakang yg tersesat dan simpang yg tidak dikawal oleh marshall menyulitkan dan membahayakan peserta untuk melintasi nya..
-water station yg tak ada air..
-peserta2 yg chicken loop dan naik kereta mendapat medal yg nombornya lebih baik dari peserta yg betul2 menghabiskan semua laluan walau pun ianya nmpak seperti pekara remeh tetapi patut juga diberi perhatian sewajarnya..
-ate bg le medal elok lg dr medal plastik jika ada penganjuran di lain kali.

Setakat ini yg dpat dicatatkan jumpa lg lain masa..

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Isnin, 3 Januari 2011

Kayuhan sulong Iman ke GCE

As'salam'mualaikum

Lokasi:
Sri Muda-GCE-Sri Muda

Jarak:
70km

Pengayuh:
Helmi,Lokman,Imam,Pokcik Amir dan penulis(Atan@Atr)

Alhamdullilah hari ini Imam dan lain2 berjaya menghabiskan kayuhan dengan selamat nya cuma tayar Imam je pancit semasa perjalanan balik...

Sent using a Sony Ericsson mobile phone