Translate

Halaman

Ahad, 18 November 2012

Membajak selut dan lecah di Jamboree Sepang

Bersama geng KAKIKUSA sek. 7 Shah Alam

Assalammualikum dan Salam Sejahtera..

Minta maaf la rakan2 sebab lambat sikit aku update blog kali ni sbb keletihan dan demam. :(
Lama dah aku tak bermain dengan selut dan lecah semacam ini. Kalau nak dibandingkan mungkin sama becaknya dengan Jamboree di UPSI yg aku sertai awal tahun lalu.
Ikut perancangan awalnya UGCC menghantar wakil seramai tiga orang, namun atas komitment dan tugasan, dua orang dr kami terpaksa membatalkan niat ke Jamboree Sepang ini dan tinggallah aku menjadi wakil tunggal UGCC. Mujur disaat akhir Amir masuk menggantikan rakan Esman, maka ada lah juga kawan aku dari UGCC.

Perancangan diatur oleh saudara Esman supaya kami berkumpul di pot biasa kami di Restoran Muneer, Tmn Sri Muda. Banyak kali dah kami promo restoran ni, mamak Muneer tak mau bg diskaun ke? hehe.
Jam 0500 tanggal 11 September, Amir dah tercongok disana. Aku pulak sampai lebih kurang 15 minit kemudian. Sambil menunggu Esman sampai kami bersarapan dulu. Tak lama kemudian tiba pula Hafiz dari  team KAKIKUSA, ini kali pertama aku dan Amir berjumpa dan berkenalan dengan beliau. Sambung borak lagi... Esman tak sampai2 juga. Jam 0545 aku mendapat panggilan dari Esman mengatakan beliau lewat sedikit gara2 "terlajak perahu" hehehehehehe.
Dipendek kan cerita jam 0600 kami pun bergerak dengan menaiki dua buah kereta ke lokasi. Singgah sebentar di Petronas LDP untuk berjumpa dengan rakan2 KAKIKUSA sebelum meneruskan perjalanan ke Sepang.

Sesampai kami di Sepang International Circuit iaitu tempat permulaan bagi jamboree kali ini, deretan kereta dan rider2 basikal telah pun memenuhi kawasan letak kereta.
Jam 0830 peserta dilepaskan, sebagai pemanas badan kami dibawa mengelilinggi bahagian luar Litar Sepang. Disamping itu juga ianya dapat memisahkan antara rider2 yg laju dengan yang tidak. Semasa ini aku disapa oleh salah seorang rider mengatakan tayar basikal aku kempis tapi aku buat tak tahu je sebab memang aku kurangkan tekanan angin tayar sebab menjangkakan keadaan trek basah dah licin. Selesai satu pusingan mulalah kami memasuki trek off road yang boleh aku katakan hampir 95 peratus melalui ladang kelapa sawit. Disini yang laju jadi bertambah laju dan yang slow macam aku jadi semakin perlahan...hehehe.
Namun dalam perlahan tu ada juga hikmahnya, sesampainya aku disatu simpang ( tak ingat aku kat mana ) ternampak group yang didepan tadi berpatah balik. Rupanya mereka dah terlepas simpang dan sesat entah kemana. Jadi selamat lah aku dan cepat2 kami membelok masuk ke laluan yang sebenar. Hati aku yang riang rupanya tak berpanjangan, dalam syok2 berkayuh tayar basikal aku mengalami kebocoran tiub sebelum sampai CP1. Mujur aku ada tiub ganti dan cukup segala peralatan lantas terus aku menukar tiub baru. Walau bagaimana pun hati dah mula terbakar melihat semakin ramai rider2 memintas kedudukan aku. Selesai menukar tiub aku meneruskan kayuhan hingga ke CP1. CP1 yang juga merupakan water and banana station pertama. Masa disini aku dah mula menjeling kearah lori yang disediakan pihak penganjur untuk peserta acara khas iaitu chicken loop..hehe. Nak naik ke tak... Nak naik ke tak... Nak naik ke tak.... Haishhhhhhhhhh
Kat sini aku berjumpa dengan khairon ( sorry bro kalau aku silap eja nama ) dan hafiz KAKIKUSA dan berpakat untuk berkayuh bersama sambil bersantai2. Hilang sikit tension aku bila berkayuh sambil berteman ni. Sedang berseronok berkayuh sambil melayan downhill tiba-tiba tayar aku bocor lagi. Lebih parah lagi aku cuma ada satu je spare tiub yang dah pun aku guna tadi. Mujur khairon dan Hafiz tak jauh dari aku, dapatlah aku pinjam sementara spare tiub dr Hafiz. Terima kasih daun keladi bro.....
Selepas dari itu tiada lagi kejadian yang tak diingini berlaku sehingga lah kami menamatkan kayuhan.

Akhirnya selepas mengharung segala selut dan lecah, bermain dalam hujan dan panas, merentas bukit dan lurah sampai juga kami ke garisan penamat. Amir berjaya menamatkan Jamboree pada kedudukan ke 40 keseluruhan. Tahniah kami ucapkan.

OK lah itu lah saja yang mampu aku contengkan disini, Maaf sekali atas segala keterlanjuran bahasa dan salah silap aku disini. hingga bertemu lagi.

p/s : skema sikit aku kali ni sbb masih dalam pengaruh DADAH... ubat la.... hehehe

-are_jump-







Siap siap cepat

Rider ni dpt top 40


Down Hill lps tu redah sungai lepas tu layan Up Hill

tayar aku bocor kali kedua.. TQ Hafiz 


macam langit dengan bumi

basikal ke ni???

Isnin, 5 November 2012

Hospital JHEOA Gombak-Genting Sempah-Janda Baik-Hospital JHEOA Gombak Edisi ke 2..

As'salammualaikum dan salam ceria..

Setelah melebihi sebulan tidak berkayuh aku telah dijemput oleh geng2 untuk berkayuh laluan ini jd cuba lah bayangkan betapa mencunggapnya aku hingga otak jd tepu untuk mengarang berita jd biarlah gambar2 diatas yg bercerita..

Kepada yg sudi singgah disini ribuan terimakasih diucapkan..

Bujang tua