Translate

Halaman

Rabu, 25 Jun 2014

Kayuhan PDRM bersama IM4U...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Dalam pejam celik pejam celik Ramadan akan muncul beberapa hari lg dan sebelum berehat dari kayuhan di bulan mulia itu aku serta rakan2 telah menyertai kayuhan yg dianjurkan oleh PDRM Shah Alam ini sebagai penutupnya...

Seramai 24 org telah mendaftar secara online atas daya usaha Ajump yg bersenang hati menjadi tukang daftarnya manakala beberapa org lg melalui Ah Pow...

Pada hari Sabtu aku mempersiapkan basikal dan melepak di CMS bersama Uncle Tan yg turut mempelawa aku berkayuh ke 'Titi Kong' tetapi terpaksa di tolak walaupun betul2 teringin untuh kayuh disana..

Kerana sukarnya nak tumpang rumah kengkawan aku menumpangkan basikal dirumah kawan Bangladesh (Reza) manakala aku kembali ke Kl pada hari berkenaan,nasib baik jugalah kiranya kalo tak mmg tak berkayuhlah aku..

Ahad seawal jam 5 subuh aku dah bergerak dari rumah ke perhentian bas Kelang dan sebaik sampai bas pertama telah berlepas maka dlm otak aku berkata mmg takde harapan lah berkayuh pg tersebut..

Sampai Sri Muda kira2 7.20 pg lalu dengan pantas bertukar pakaian dan memulakan kayuhan menuju Dataran Shah Alam dimana tempat bermulanya acara..
Kawasan tersebut  telah penuh sesak dengan peserta yg menghampiri 3000 orang dan agak bernasib baik terjumpa geng2 aku yg sedang melepak..
Antara yg turun pg itu adalah Ajump,Amir,Awin,Perel,Adi,Shauki,Mus serta Halim dan selepas itu muncul Mun Kid,Ah Fung serta Soon Huat yg menjadi 'ghost rider' manakala yg lain2 ntah kemana hilangnya..

Acara dimulakan dengan ucapan Ketua Polis Selangor di ikuti acara memanaskan badan serta bacaan doa sebelum peserta dilepaskan kira2  jam 8.30 pagi...

Perjalanan bg peserta adalah sejauh 35km  meliputi Seksyen 9,6,8,7,16,17,24,23,19,20,15 dan kembali ke Dataran Shah Alam semula,bg VVIP hanya 5km sahaja..
Sempat lah berjumpa beberapa anggota yg dikenali tetapi tak dapat berkayuh kerana menjadi crew event seperti bro Lan,bro Madi,bro Zukhairi serta beberapa orang lagi..

Walaupun hanya sejauh 35km tetapi keadaan yg berbukit menyebabkan ramai yg agak ketinggalan jauh dibelakang...

Sebelum cabutan bertuah ada beberapa persembahan seperti sketsa Polis dulu2 menaggani jenayah,tempur tanpa senjata/bersenjata,silambam,rondaan berbasikal Polis,kungfu fighters dan pertujukan basikal2 yg berbagai bentuknya..

Makanan dan minuman serta buah-buahan disediakan untuk peserta disamping hadiah kepada kelab teramai menghantar peserta yang dimiliki oleh Rantau Panjang Cycling Team(90 pengayuh) dan bg anggota Polis dimenangi IPD SG BULOH(60 pengayuh)...

Tunggu punya tunggu nombor tak naik2 membuat geng2 aku malas nak menunggu dan menyerahkan no plat mereka pada aku padahal aku paling jauh nak kayuh balik dan memang jika rezeki  tak kemana akhirnya naik juga salah satu no tersebut dapatlah sebijik botol air,jadilah buat kenang-kenangan..

Akhir kalam diharap kayuhan ini dapat dijadikan acara tahunan bg merapatkan hubungan orang awam dengan pihak Polis bg memudahkan usaha pembenterasan jenayah yg semakin meningkat kebelakangan ini..

Terima kasih kepada semua yang singgah di blog dan membaca entri kali ini..