Translate

Halaman

Ahad, 21 Februari 2010

Kayuh Santai2

Salam sejahtera...

Sabtu:-

Selepas ot hari ini aku seperti biasa melepak kdai uncle CMS..
Agak memeranjatkan kdai uncle kosong je dibahagian hadapan,aku ingat semua dah jual lelong rupanya dia penuhkan dibahagian gantung kat tepi kerana upacara pembersihan kdai sebelum tahun baru cina yang lepas..

Aku tngok uncle ceria je petang ni rupa nya Jamis road 650 yang di letak atas meja telah dibeli org,umpama seperti mendapat angpau tahun baru gamaknya...hehe

Sedang baik punya borak Helmi pun datang bersama Cube nya.
Uncle pun promote le topi topi HTC dan Caisse D'Epargne..
Sedang belek topi Lokman pulak datang..
Selain dari topi itu aku dan Helmi angkat helmet Azonic sorang sbijik nak beli yang 'branded' x mampu..
Helmi juga membeli tayar Kenda Kwest saiz 25 sebab tayar saiz 23 nya selalu kebocoran..
Bila dah bertiga kami pun berpakat untuk berkayuh esok hari tetapi destinasi nak dituju blum diputuskan lagi..


Ahad:-
7.05 pagi aku dah kuar,cadang nak pekena kat wak Sri Bernam tapi kedai nya tutup pulok..
Setelah 2,3minit tunggu Lokman dan Helmi muncul..
2,3 tmpat dicadangkan tapi Lokman x lalu nak kayuh jauh2 'lama x training' katanya..
Aku yang jenis x kisah layan kan je lah janji kayuh pagi ni..
Kami menuju port biasa tasik S.alam dan persekitaran nya..

Lepas penat kayuh lepak tasik 'layan mata' tngok orang berjogging...hehe
Dari jauh nmpak seseorang yang cam aku kenal dengan pinnerello nya..
Helmi mengajak aku dan Lokman mengejar,dengan kelajuan 35-40 dapat juge kami menangkap pengayuh tersebut dan telahan aku betul beliau ada lah prof Sani..
Prof ajak kayuh lagi tapi bdak2 ajak lepak pekena kat Khalifah jadi kami melencong ke Khalifah..

Ketika minum aku nmpak 2 org mamat mtb tercari-cari ruang meletak basikal dan meja untuk minum..
Aku terus mengajak diaorang lepak di meja kami walau pun x kenal mereka..
Minat yang sama mendorong untuk kenal mengenali sesama pengayuh.
Mereka dari seksyen 9 dan baru 2 bulan berkayuh,mulanya sekadar suka2 akhirnya seronok plak berkayuh ni kata mereka..
Aku terlupa plak nama derang berdua tu.
Selamat datang ke komuditi berbasikal yang semakin berkembang dan rancak masa kini...
Aku mengajak mereka ke kdai Sj Cycle sayang nya kdai x bukak lagi..hmm
Aku dan kengkawan meneruskan perjalanan pulang ke Sri Muda..
Hari ini kayuhan kami lebih kurang 40km je..

Bertemu lagi di garapan akan datang..

Isnin, 15 Februari 2010

Heart Rate Monitoring..penting ke?

Kabare!
Pada masa kini ramai org yang mula bersukan,ada yang jogging,berbasikal dan berbagai sukan dengan macam2 tujuan,nak lebih cergas,lebih sihat,lebih hensem,lebih mantap,kuruskan badan dan sebagainya..

Bersukan adalah sesuatu yang baik tetapi kadangkala bersukan juga bisa memudaratkan jika kemampuan jantung tidak sama dengan kemampuan fizikal badan..

Apa yang aku merepek ni bahasa belit2 macam areng/ireng,tapi yang belit2 ni kekadang membantu dengan tak sengaja nya..

Hendak di jadi kan cerita,aku ni ada le sorang member yang berkayuh,bro ni mmg kaki kayuh tak kira matahari tengah rembang(kul 11.30 baru ajak aku kayuh) atau pun ketika sang mentari ingin melabuhkan diri diufuknya(6.30 petang baru nak ajak manjat Bukit Cermin).

Pada suatu pagi Ahad sekitar blan Ogos 2009 bro ni pun beraktiviti macam biasa berkayuh dari rumah nya ke Shah Alam.Sesampai nya di masjid Shah Alam dia mula rasa sesak nafas yg amat sangat dan sebelum tak sedarkan diri dia smpat berhenti di wakaf berhampiran masjid serta menyuruh anak nya datang mengambil nya.

Akhirnya dia dibawa ke IJN dan dimasuk kan stand dijantungnya,anggaran dalam rm25k kos keseluruhan nya..

Moral nya sebagai pengayuh yang bukan muda lagi, aku mengambil tindakan yg bole mengelak kan kejadian tersebut berlaku kepada aku dengan membeli heart rate monitoring..
Bukan nak melawan takdir tapi sekadar memberi amaran untuk aku bersukan dengan lebih selamat kerana hrm ini akan berbunyi jika jantung aku berdenyut melebihi dari yang aku set kan,jadi bole aku berhenti sehingga jantung aku berkeadaan normal dan teruskan semula selepas itu..aku pun bkan nak jadi pro sekadar nak bersukan sahaja..

Walau pun hrm ni x penting bg setengah2 org tp aku anggap ia nya penting sebab heart attack x kira org muda ke tua ke di zaman ini,bak kata org2 tua 'sediakan payung sebelum hujan'...

engkoh2 ketemu meneh..

tribute to pokcik amir...

As'salam'mualaikum dan salam 1 Malaysia...


Terlebih dahulu aku nak mengucapkan 'kong hee fat choy' buat semua rakyat Malaysia berbangsa cina,selamat menyambut tahun harimau..
Aku harap agar hubungan rakyat Malaysia berbilang bangsa bertambah erat di tahun harimau ini...
Hidup 1 Malaysia....


Aku pilih tajuk diatas untuk penulisan kali ini kerana 'pokcik amir' dah x berkayuh bersama kitaorg lg..


Aku harap 'pokcik' dapat meluangkan masa jika ada kelapangan dan kesihatan yang baik untuk bersama kitaorg berkayuh semula suatu ari nanti...


Aku cadangkan 'pokcik' angkat sebijik roadie supaya laju lg bukan sekarang ni x laju cume jentera tu berat ckit dan perlu tenaga yang banyak untuk memacu nya..


Angkat chap ayam pun x pe nanti upgrade le dari masa ke semasa..member2 yang lain setuju x dgan cadangan aku pada 'pokcik' ni?


Buat 'pokcik' selamat maju jaya dan sihat walafiat selalu...


Jumpe lagi...

Khamis, 11 Februari 2010

Cuaca yang baik tapi...

Ahad 7hb.Feb.2010

Pagi ini cuaca begitu baik sekali sayang nya seorang pun xde mesej ngajak kayuh,
Mungkin mereka ada hal masing2 untuk diuruskan..

Sebagai seorang pengayuh rugi pulak cuaca yang baik ini berlalu begitu saja jadi aku bersiap untuk berkayuh solo sahaja hari ini..

Bila kayuh solo lain tmpat x pegi kecuali sekitar Shah Alam je lah tmpat kayuhan aku..

Tak byak yang dapat aku labunkan bila sesorang ni,smpai umah 'mata kucing' menunjuk kan 30km jadi lah byak gak kalori yang dapat dibakar pagi ni..

Jumpe lagi di lain waktu...

Isnin, 1 Februari 2010

Cabaran Basikal Lasak Jelajah Meru 2010..

Salam 1 Malaysia...

Aku dapat borang Cabaran Basikal Lasak Jelajah Meru ni semasa menyertai Kayuhan Jantungku tempohari tp berbelah bagi nak pegi ke x sebabnya geng kitaorg ni xde kenderaan nak membawa basikal ke sana..
Ada yang mencadangkan kayuh je ke sana dari Sri Muda,semangat betul member tu bercakap..
Kayuh bole tapi byak juge persoalan nak kene jawap.
1. Pukul berapa nak gerak?
2.Berapa km nak smpai sana?
3.Setelah smpai nak kayuh lg 40km dengan laluan yg tidak diketahui sama ada landai atau byk mendaki,larat ke?
Akhirnya tiada keputusan dapat di putuskan..


Sabtu-30hb/jan/2010:-
Kira2 jam 6.45 ptg aku terima msj dari Din bertanyakan 'esok jadi ke x'??
Aku suruh tanya penganjur esok leh daftar lg ke dan penganjur jawap boleh kul 7 kaunter dah buka.
Jadi aku pun terus kata jadi kat Din dengan syarat dtg umah ambik aku n col takut2 aku x bngun maklum le aku keje ptg biasanya tido lewat kul 3-4 br tido minggu ni..


Ahad-31hb/jan/2010:-
Selepas suboh Din dah terpacak dpan umah aku tp aku ketika itu sedang lena di ulit Intan(zzzzz)...
Entah berapa kali le mamat tu meng'col' aku di kedua-dua telepon, x smpat nak kira dah..
Akhirnya 6.45 br aku terjaga mesti Din menyumpah kat aku tu..hehe
Dengan ke kelam kabutan aku bersiap dan kami bertolak kira2 kul 7.00 pg,'aduh lmbat dah naya le kita ni'ujar ku pada Din.


Dengan kelajuan yg agak ganas Din memacu Kelisanya supaya cepat smpai ke distinasi yg dituju(Meru 4).
Anggaran 7.30 pg maka smpai lah ke tmpat yg dituju dngan selamat tp kaunter masih belum di buka lg..
Sebaik kaunter dibuka dengan pantas aku dan Din mendaftarkan diri,harap2 dapat le goodie.
Setelah menuggu 10 minit awek yang mendaftarkan kami tu berkata kat kawan ajk nya 'size L 2'..
Yes dpat gak baju '
yeeha'


Kami pun menurun kan basikal dari kereta dan bersiap sedia untuk berkayuh..
Tiba2 lalu sebuah motor dengan penunggang nya berkata dengan suara keras 'jangan sokong, jangan undi, BN barang lama' dan ntah apa2 lg yg dia merepeknya..aku rasa dia penyokong tegar parti islam dr segi pemakaian nya..
Ohh aku lupe nak cerita kayuhan ni anjuran Pemuda UMNO dun Meru sbgai peneraju utamanya serta di sokong oleh Kelab Belia Meru,Gabungan Belia Meru,Kelab Kayuh Kapar dan RD Club..
Sebagai pengayuh aku x hirau sngat dengan protes org berkenaan kami dtg nak support aktvt kayuhan anjuran teman2 bukan nak berpolitik nak harap kan parti yg beliau sokong buat aktvt camgini entah bila taun kene tggu..huhu


Dari kejauhan aku nmpak abg Wahid Roto X smpai..sdang baik bertanya khabar tetiba dengar 1 suara yg biasa aku dengar dulu 'skang dah makin kuat kayuh ni',rupa2 nya Jai Botanic pun dtg juge menemankan isteri nya yg berkayuh..lama aku x jumpe sejak dia kene langgar kereta semasa training dalam setahun ada rasanya..dia masih berkerusi roda lg dan mgkin 4,5 blan sessi terapi baru boleh berjalan semula..
Buat Jai semoga cepat sembuh dan dpat kayuh semula..
Ada juga muka2 yg aku kenal turut serta seperti Nan Kg Delek dan anak buahnya,Abg Amir dan anaknya,Man Sawit dan geng2 Kayuhbeb diantara nya..
Peserta paling jauh dtg dr Pahang ada dlm 5 org,semua pkai Merida dari Club Merida le gamak nya derang tu..


Dengan bacaan doa dan upacara perasmian yg ringkas pengayuh di lepaskan kira2 jam 9.15 lewat dr jadual asal kerana kelewatan ketibaan pasukan Polis yg akan mengiringi pengayuh2 ...
Oleh kerana aku x berapa familiar dgan persekitaran Meru aku x dpat nak bgtau nama jalan2 yg di lalui..
Pengayuh melalui kawasan tanaman tebu,kg2 hingga tembus ke Kem Bina Negara Meru..
Ramai pengayuh yang terpaksa menyorong basikal kerana laluan di situ aku kira agak sukar untuk di daki ada 4 bkit yg kene daki semua nya..
Dibukit pertama menjadi hentian pertama untuk berehat,menambah air minuman dan menuggu pengayuh2 yg ketinggalan..
Din mendapat rawatan dr paramedik kerana betisnya melecur terkena rotor bsikalnya sndri..
Bukit ke empat juga menjadi pusat pengumpulan pengayuh yg agak ketinggalan di belakang..
Kayuhan diteruskan kali ini menuju jirat cina yg bkit nya ckup2 mencabar tinggi nya..
Pengayuh2 diberikan rehat lg dipertengahan pendakian,air minuman dan pisang diedarkan kepada pengayuh2.
Tak penah aku buat lg berkelah di jirat cina pertama kali dlm sejarah..hehe
Aku yg gatal mulut trus bertanya pada marshall yg bertugas kenapa nak naik smpai ke puncak kawasan jirat cina ni rupa2 nya dr puncak boleh nmpak keseluruhan pekan Meru..
Oleh kerana pendakian tu akan turun blik ditmpat perhentian td aku mengambil keputusan untuk hanya menanti mereka turun dan teruskan dari situ(gas dah abis yop)..
Sementara menanti aku berjaya menge'pow' abg Zali Banting sebatang Benson utk menambah stamina sbb stok aku dah abis hehe..


Setelah turun dari jirat cina berkenaan peserta2 dikumpul kan skali lg..
Perjalanan diteruskan lg melalui kg2 dan pekan Meru sehingga lah tiba ke garisan penamat..
Keseluruhan kayuhan ini menghampiri 40km pergi dan blik.
Walaupun kayuhan ini digelar fun ride tetapi ia nya agak mencabar kekuatan pengayuh2 kerana pendakian2 yg agak sukar hingga aku pun terpaksa mtb (mari tolak basikal)sekali hish hish(mengah).
Alhamdullílah xde kemalangan atau kecederaan yg teruk terjadi kepada pengayuh2 cuma Man Sawit sahaja hmpir terlanggar kereta yg membelok tiba2 pada kelajuan 40kmj semasa menghampiri penamat seperti diceritakan nya pada aku dan Din ketika aku 'mengepow' gudang garam nya sementara menanti lucky draw bermula..
Bercerita tentang lucky draw penganjur menyediakan 10 hadiah sahaja dan aku mmg x penah ada luck pun utk menang lucky draw..
Sabo sabo cuba lg lain kali..


Lupa lg aku ni(dah tua dah), selain dari berbasikal lasak ada lg aktvt yg dilangsungkan seperti Auto Show-Motor Klasik/Motor Kapcai/4x4/Saga Race/Mini Cooper/Superbike dll.
Gerai Pameran dan Jualan pun ada sekali..


Keseluruhan nya kayuhan ni aku kira agak berjaya menarik pengayuh2 untuk turut serta dan berharap penganjur dapat meneruskan penganjuran ditahun depan dengan lebih kemas dan teratur...
Setakat ini yang dapat aku coretkan jumpe lg di coretan mendatang...

Basikal Touring tinggal kenangan..

As'salam'mualaikum...


Setelah selama seminggu keje ptg yg waktu keje nya agak mengarut baru le dapat aku melepak kan diri ptg ni dan baru lah dapat mencatit satu catitan baru..


Cerita x le berapa best cume agak sedih sedikit...huhu

Setelah hampir 9 bulan berkhidmat dengan cemerlang aku terpaksa men'trade in'kan basikal touring aku tuh..
Sebenar nya aku berbelah bg juge nak trade in touring tu tp atas desakan hati dan desakan poket terpaksalah aku 'lego' kan..


Punca-Punca Utama:~
1.Aku dah lama teringin nak pkai road bike tp duit x penah nak cukup nak beli sebijik lg,hutang x penah nak abis makin bertambah adalah, 3 tahun lg pun x dpat aku nak merasa road bike..takut kempunan hehe

2.Aku ada sebijik look carbon old skol yang jarang digunakan jadi apalah salahnya aku meng'up grade'kan nya menjadi touring bike..x salah aku rasa..

3.Aku sebenarnya x tau apa keistimewaan touring aku hingga tiap kali singgah kdai Uncle lepas kayuhan dia pujuk2 suruh trade in kan basikal tu dia kata nak simpan
touring tu walhal dia juge yg jual kat aku dulu,baru skarang dia nmpak cantik gamaknya...


Setelah aku fikir2 dengan mendalam selama 2 minggu berturut-turut
maka dengan rela hati aku men'trade in'kan touring tu pada hari isnin 25/01/10 yang lalu.
X de sapa pun antara geng2 yang tau masa tu..


Sebagai balasan dari pen'trade in'an tu dapat lah aku sebuah road bike yang baru tapi kene tambah duit skit le, tmbah dalam buku utang jer kan payah pun(utang lg.?)
Bak kata member aku 'x utang x merasa lah' mgkin ada juge kebenaran nya tu..


Akhir nya dapat lah aku sebijik roadie yg baru walau pun x segagah nama2 seperti Speciallized,Giant,Cervelo,Pinnerelo,Colnago dan seumpamanya jadi lah yang penting kaki yang kayuh bukan setakat nama jenama nya sahaja.
Betul ke aku ckap ini,lu org nilai kan lah sndiri yek..


Ok lah setakat ini saja pertemuan kita untuk kali ini,panjang umur kita jumpa lg...