Translate

Halaman

Ahad, 21 Februari 2010

Kayuh Santai2

Salam sejahtera...

Sabtu:-

Selepas ot hari ini aku seperti biasa melepak kdai uncle CMS..
Agak memeranjatkan kdai uncle kosong je dibahagian hadapan,aku ingat semua dah jual lelong rupanya dia penuhkan dibahagian gantung kat tepi kerana upacara pembersihan kdai sebelum tahun baru cina yang lepas..

Aku tngok uncle ceria je petang ni rupa nya Jamis road 650 yang di letak atas meja telah dibeli org,umpama seperti mendapat angpau tahun baru gamaknya...hehe

Sedang baik punya borak Helmi pun datang bersama Cube nya.
Uncle pun promote le topi topi HTC dan Caisse D'Epargne..
Sedang belek topi Lokman pulak datang..
Selain dari topi itu aku dan Helmi angkat helmet Azonic sorang sbijik nak beli yang 'branded' x mampu..
Helmi juga membeli tayar Kenda Kwest saiz 25 sebab tayar saiz 23 nya selalu kebocoran..
Bila dah bertiga kami pun berpakat untuk berkayuh esok hari tetapi destinasi nak dituju blum diputuskan lagi..


Ahad:-
7.05 pagi aku dah kuar,cadang nak pekena kat wak Sri Bernam tapi kedai nya tutup pulok..
Setelah 2,3minit tunggu Lokman dan Helmi muncul..
2,3 tmpat dicadangkan tapi Lokman x lalu nak kayuh jauh2 'lama x training' katanya..
Aku yang jenis x kisah layan kan je lah janji kayuh pagi ni..
Kami menuju port biasa tasik S.alam dan persekitaran nya..

Lepas penat kayuh lepak tasik 'layan mata' tngok orang berjogging...hehe
Dari jauh nmpak seseorang yang cam aku kenal dengan pinnerello nya..
Helmi mengajak aku dan Lokman mengejar,dengan kelajuan 35-40 dapat juge kami menangkap pengayuh tersebut dan telahan aku betul beliau ada lah prof Sani..
Prof ajak kayuh lagi tapi bdak2 ajak lepak pekena kat Khalifah jadi kami melencong ke Khalifah..

Ketika minum aku nmpak 2 org mamat mtb tercari-cari ruang meletak basikal dan meja untuk minum..
Aku terus mengajak diaorang lepak di meja kami walau pun x kenal mereka..
Minat yang sama mendorong untuk kenal mengenali sesama pengayuh.
Mereka dari seksyen 9 dan baru 2 bulan berkayuh,mulanya sekadar suka2 akhirnya seronok plak berkayuh ni kata mereka..
Aku terlupa plak nama derang berdua tu.
Selamat datang ke komuditi berbasikal yang semakin berkembang dan rancak masa kini...
Aku mengajak mereka ke kdai Sj Cycle sayang nya kdai x bukak lagi..hmm
Aku dan kengkawan meneruskan perjalanan pulang ke Sri Muda..
Hari ini kayuhan kami lebih kurang 40km je..

Bertemu lagi di garapan akan datang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan