Translate

Halaman

Isnin, 1 Februari 2010

Cabaran Basikal Lasak Jelajah Meru 2010..

Salam 1 Malaysia...

Aku dapat borang Cabaran Basikal Lasak Jelajah Meru ni semasa menyertai Kayuhan Jantungku tempohari tp berbelah bagi nak pegi ke x sebabnya geng kitaorg ni xde kenderaan nak membawa basikal ke sana..
Ada yang mencadangkan kayuh je ke sana dari Sri Muda,semangat betul member tu bercakap..
Kayuh bole tapi byak juge persoalan nak kene jawap.
1. Pukul berapa nak gerak?
2.Berapa km nak smpai sana?
3.Setelah smpai nak kayuh lg 40km dengan laluan yg tidak diketahui sama ada landai atau byk mendaki,larat ke?
Akhirnya tiada keputusan dapat di putuskan..


Sabtu-30hb/jan/2010:-
Kira2 jam 6.45 ptg aku terima msj dari Din bertanyakan 'esok jadi ke x'??
Aku suruh tanya penganjur esok leh daftar lg ke dan penganjur jawap boleh kul 7 kaunter dah buka.
Jadi aku pun terus kata jadi kat Din dengan syarat dtg umah ambik aku n col takut2 aku x bngun maklum le aku keje ptg biasanya tido lewat kul 3-4 br tido minggu ni..


Ahad-31hb/jan/2010:-
Selepas suboh Din dah terpacak dpan umah aku tp aku ketika itu sedang lena di ulit Intan(zzzzz)...
Entah berapa kali le mamat tu meng'col' aku di kedua-dua telepon, x smpat nak kira dah..
Akhirnya 6.45 br aku terjaga mesti Din menyumpah kat aku tu..hehe
Dengan ke kelam kabutan aku bersiap dan kami bertolak kira2 kul 7.00 pg,'aduh lmbat dah naya le kita ni'ujar ku pada Din.


Dengan kelajuan yg agak ganas Din memacu Kelisanya supaya cepat smpai ke distinasi yg dituju(Meru 4).
Anggaran 7.30 pg maka smpai lah ke tmpat yg dituju dngan selamat tp kaunter masih belum di buka lg..
Sebaik kaunter dibuka dengan pantas aku dan Din mendaftarkan diri,harap2 dapat le goodie.
Setelah menuggu 10 minit awek yang mendaftarkan kami tu berkata kat kawan ajk nya 'size L 2'..
Yes dpat gak baju '
yeeha'


Kami pun menurun kan basikal dari kereta dan bersiap sedia untuk berkayuh..
Tiba2 lalu sebuah motor dengan penunggang nya berkata dengan suara keras 'jangan sokong, jangan undi, BN barang lama' dan ntah apa2 lg yg dia merepeknya..aku rasa dia penyokong tegar parti islam dr segi pemakaian nya..
Ohh aku lupe nak cerita kayuhan ni anjuran Pemuda UMNO dun Meru sbgai peneraju utamanya serta di sokong oleh Kelab Belia Meru,Gabungan Belia Meru,Kelab Kayuh Kapar dan RD Club..
Sebagai pengayuh aku x hirau sngat dengan protes org berkenaan kami dtg nak support aktvt kayuhan anjuran teman2 bukan nak berpolitik nak harap kan parti yg beliau sokong buat aktvt camgini entah bila taun kene tggu..huhu


Dari kejauhan aku nmpak abg Wahid Roto X smpai..sdang baik bertanya khabar tetiba dengar 1 suara yg biasa aku dengar dulu 'skang dah makin kuat kayuh ni',rupa2 nya Jai Botanic pun dtg juge menemankan isteri nya yg berkayuh..lama aku x jumpe sejak dia kene langgar kereta semasa training dalam setahun ada rasanya..dia masih berkerusi roda lg dan mgkin 4,5 blan sessi terapi baru boleh berjalan semula..
Buat Jai semoga cepat sembuh dan dpat kayuh semula..
Ada juga muka2 yg aku kenal turut serta seperti Nan Kg Delek dan anak buahnya,Abg Amir dan anaknya,Man Sawit dan geng2 Kayuhbeb diantara nya..
Peserta paling jauh dtg dr Pahang ada dlm 5 org,semua pkai Merida dari Club Merida le gamak nya derang tu..


Dengan bacaan doa dan upacara perasmian yg ringkas pengayuh di lepaskan kira2 jam 9.15 lewat dr jadual asal kerana kelewatan ketibaan pasukan Polis yg akan mengiringi pengayuh2 ...
Oleh kerana aku x berapa familiar dgan persekitaran Meru aku x dpat nak bgtau nama jalan2 yg di lalui..
Pengayuh melalui kawasan tanaman tebu,kg2 hingga tembus ke Kem Bina Negara Meru..
Ramai pengayuh yang terpaksa menyorong basikal kerana laluan di situ aku kira agak sukar untuk di daki ada 4 bkit yg kene daki semua nya..
Dibukit pertama menjadi hentian pertama untuk berehat,menambah air minuman dan menuggu pengayuh2 yg ketinggalan..
Din mendapat rawatan dr paramedik kerana betisnya melecur terkena rotor bsikalnya sndri..
Bukit ke empat juga menjadi pusat pengumpulan pengayuh yg agak ketinggalan di belakang..
Kayuhan diteruskan kali ini menuju jirat cina yg bkit nya ckup2 mencabar tinggi nya..
Pengayuh2 diberikan rehat lg dipertengahan pendakian,air minuman dan pisang diedarkan kepada pengayuh2.
Tak penah aku buat lg berkelah di jirat cina pertama kali dlm sejarah..hehe
Aku yg gatal mulut trus bertanya pada marshall yg bertugas kenapa nak naik smpai ke puncak kawasan jirat cina ni rupa2 nya dr puncak boleh nmpak keseluruhan pekan Meru..
Oleh kerana pendakian tu akan turun blik ditmpat perhentian td aku mengambil keputusan untuk hanya menanti mereka turun dan teruskan dari situ(gas dah abis yop)..
Sementara menanti aku berjaya menge'pow' abg Zali Banting sebatang Benson utk menambah stamina sbb stok aku dah abis hehe..


Setelah turun dari jirat cina berkenaan peserta2 dikumpul kan skali lg..
Perjalanan diteruskan lg melalui kg2 dan pekan Meru sehingga lah tiba ke garisan penamat..
Keseluruhan kayuhan ini menghampiri 40km pergi dan blik.
Walaupun kayuhan ini digelar fun ride tetapi ia nya agak mencabar kekuatan pengayuh2 kerana pendakian2 yg agak sukar hingga aku pun terpaksa mtb (mari tolak basikal)sekali hish hish(mengah).
Alhamdullílah xde kemalangan atau kecederaan yg teruk terjadi kepada pengayuh2 cuma Man Sawit sahaja hmpir terlanggar kereta yg membelok tiba2 pada kelajuan 40kmj semasa menghampiri penamat seperti diceritakan nya pada aku dan Din ketika aku 'mengepow' gudang garam nya sementara menanti lucky draw bermula..
Bercerita tentang lucky draw penganjur menyediakan 10 hadiah sahaja dan aku mmg x penah ada luck pun utk menang lucky draw..
Sabo sabo cuba lg lain kali..


Lupa lg aku ni(dah tua dah), selain dari berbasikal lasak ada lg aktvt yg dilangsungkan seperti Auto Show-Motor Klasik/Motor Kapcai/4x4/Saga Race/Mini Cooper/Superbike dll.
Gerai Pameran dan Jualan pun ada sekali..


Keseluruhan nya kayuhan ni aku kira agak berjaya menarik pengayuh2 untuk turut serta dan berharap penganjur dapat meneruskan penganjuran ditahun depan dengan lebih kemas dan teratur...
Setakat ini yang dapat aku coretkan jumpe lg di coretan mendatang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan