Translate

Halaman

Ahad, 8 Mei 2011

Putrajaya Edisi ke 2 (2011)...

As'salam'mualaikum

Sabtu 7hb may 2011..

Malam ni aku kuor kedai lambat sikit,boleh terlelap pulak masa nengok Akademi Fantasia,ngantok mlm kemarin tak abis lg gamak nya..
Bila sampai Helmi ada terconggok kat sana dan dalam masa yg sama mesej yg di antor nya kat aku baru sampai yg memberitau tentang projek ke Putrajaya esok pg..
Putrajaya lg?
Takpe lah sebab pegi naik van katanya..
Puyau yg ngajak dan mula bergerak dlm kul 6 pagi..
Lepas borak dan makan minum,lebih kurang kul 12 malam aku pun memblah kan diri bersama Helmi maklum le kul 6 nak bangun kata kan..

Ahad 8hb may 2011

Ntah berape lame le hpone melalak kan lagu 'surf' nya baru aku tesedor,bila tengok jam dah dekat 7.30,tegok pulak hpone takde 1 mesej pun yg masuk lg..
Aku mesej Helmi dan Puyau ropa2 nya deme pun terlajak,pukui 6 konon..
7.45 aku dan Helmi pun smpai dan Puyau dah nunggu kami.
Pak Imam pun ada kelihatan kami pun mempelawa tp dia menolak mgkin kerana perlu menghadiri program 'Polis bersama masyarakat' yg turut diadakan pg ni di Sri Kilat nasib kami ni dr luor kawasan tak join pun tak ngape..hehe

Basikal pun di muat kan kedalam van tanpa nanggal kan tayar dan secara otomatik nya bangku blakang pun tak boleh di naik kan,maka terpaksa le aku dok atas lantai sekali imbas cam pendatang haram yg diseludup aje ropa nya..
Hangat pijor le bontot sebelum sampai ke Putrajaya jawapnya..

Kul 9 baru le sampai ke sana dan van di parking di Perodua Persint 9 berhampiran Restoran Nazmaju..

Setelah persiapan lengkap(air,tube,tire lever)kami pun mula kan kayuhan menghala PICC..
Sampai PICC Helmi mengajak 'rageih' sampai keatas,aku tngok sayup gak nak nyampai kan ke atas tu tapi alang2 dah datang 'rageih' kan aja lah..
Ingatkan teruk sangat nak climbing tapi bila dah 'mola' mendaki tak de le payah benor ropa-ropa nya..
Sampai kat atas ape lagi sessi begambo pun berjalan seperti biasa,Puyau siap bwak Sony DSLR lg.
Semasa menikmati pandangan yg menarik dari atas tu kelihatan juge pengayuh2 di bawah sana ramai juga pg ni kebanyakan nya mtb,roadie ada le 2,3 kerat..

Lepas turun PICC kami meneruskan kayuhan menuju ke empangan ntah apa ke nama(tak ingat)sessi begambor di teruskan lg,sambil2 tu acara mengusya-usya awek turut berlaku(depa le aku idak)hihi,sebelum meneruskan perjalanan..

Kayuhan diteruskan ke
Dataran Masjid,di sini memang jadi port pelawat dari luar dan dalam negara yg cukup ramai hari ini.
Sebelum blah untuk ngisi perut dan lg begambo di depan Pejabat Perdana Menteri.

Akhir nya kami menuju ke tempat dimana bermula ia itu di Nazmaju untuk melantak tp sorang pun tak makan,ayor nya bergelas-gelas,kenyang ayor je sbab cuaca panas sgguh hingga selera makan pun tertutup..
Minum pun sudah jadi sumbat semula basikal dalam van dan mula bergerak untuk pulang kira2 jam 11 pg dan sekali lg aku paneh 'pungkok' nak nyampai Sri Muda...huhu

Ckup le untuk kali ini bertemu di misi seterus nya.. Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Target 100km tapi...

Salam sejahtera ke atas kamu...

Sabtu 07-may-2011
Ngauman lagu bertajuk 'buah kurma' dari band 'Kugiran Di Tepi Pantai' mengejutkan aku dari lena yang yg tak seberapa ni,kepala berdenyut dan mata berpasir lagi membuat kan aku malas betul nak mandi pagi ni tapi aku dah janji ndak tak ndak mau tak mau kena juga lah bangkit pada hal baru 2 jam je aku tido ..

Malam tadi dah kayuh dengan geng2 baru pg ni dah janji Pak Imam nak kayuh ke Dragon Back pulak..
Aku pun terus call Helmi,sekali tak jawap,2 kali tak jawap,3 kali pun tak jawap dan kali ke 4 baru berjawap nada suara pun cam mengigau je bunyi nya..

Setelah bersiap lebih kurang aku pun pegi le 'starbuck muner' di mana Helmi telah pun sampai dulu dari aku kira2 jam 7.30pg tapi bayang Pak Imam xde lg ni,aku ingat aku lambat ada lg yg lambat.
Dkat kul 8 br dia muncul dan tak lama pastu Lokman plak datang..
Lokman dtg melepak je pastu meracun pegi dekat2 je sebab dia nak ngajak ke Boon Foo(Bike Pro) dan bertanya Joe Nayan tentang groupset Campagnolo Anthena yg di janji kan Joe kepada nya dah dekat sebulan tak dapat2 lagi kata 2 minggu boleh dah..
Tung tang tung tang dah 8.30 aku layan kan je mana lah tau kalo tak jadi boleh balik sambung tido..hehe
Program ke Dragon Back terpaksa di batal kan sebab jalan dah mula sibuk maka di ganti kan di Highway Kesas sahaja bermula dari Sri Muda-Awan Besar-Telok Gong-Jalan Kebun-Sri Muda ada le 100km jika full loop di lakukan kata pak imam.

Start kayuh bahana mentari membaham kulit dngan rakus nya..
Aku dah mula tertanya-tanya diri sendiri mampu ke nak layan 100km dlm cuaca sebegini tapi aku diam kan aje bior deme yg bersuara..
Sampai Awan Besor dan semasa sessi minum dan power stik(rokok) maka Pak Imam pun bersuara untuk trus blik Sri Muda je sbb dia pun x mampu ndak meneruskan kayuhan dalam cuaca panas luar biasa ni,kang tujuan kayuh untuk kesihatan bertukor kayuh untuk penyakit plak lagi haru..

Sampai port tengok meter baru 45km je telah kurang sebanyak 55km dari target asal 100km tapi aku rasa kan tindakan kami memang tepat supaya kesihatan tak terjejas dalam cuaca yg betul2 kow ni..

Walau pun kami telah kalah jarak kayuhan tapi kami menang dr segi pemakaian sbb semua pkai jersey yg sama..
Kami seumpama team livestrong je pg ni..haha gaya kene lebih jauh dkat blakang kira..

Karangan aku berhenti takat ni wat Pak Imam dan Helmi lain kali kita cuba lagi..

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Sabtu, 7 Mei 2011

Kayuh malam bersama geng2 baru..

As'salam'mualaikum dan salam 1 Malaysia..

Jumaat 06-may-2011

Seperti biasa malam Sabtu aku dan geng2 aku akan melaku kan kayuhan di sekitar Shah Alam dan Lebuh raya Kesas..
Idea kayuhan ni di hidup kan kembali atas desakan Puyau setelah siapnya basikal Trek sebulan yg lepas kalau di ikut kan kayuh malam Sabtu dah lama berkubur dah sebab nya balik2 aku Helmi,Helmi aku je yg 'gatai jubo' nak ngayuh yg lelain x berminat sangat..

Panjang beno pulak mukadimah nya cerita yg nak di sampai kan blum lg..
Nak di jadi kan cerita sedang kami merancang-rancang di dalam kdai cms,maka anak sedara nya terdengar dan ingin 'memfolo' kami,maka bukan lg nyiru di tadah kan satu padang bola pun boleh di tadah kan jika depa btul ndak ngikut,lagi ramai lg bgus keselamatan lebih terjamin..

Janji nya kul 9 nak gerak tapi langgut punya langgut dikedai mamak kul 9.30 juga dia sampai nya..
Adrian@tan di temani oleh 2 org teman nya Chua dan Shiva..
1 Malaysia punya kayuhan ni hehe...

Dengan tanpa berlenggah lg kita org bergerak ke Highway Kesas..
Andrian@Tan dengan pantas nya mara ke depan bersama Puyau dan Helmi meninggal kan Chua dan Shiva agak jauh ke belakang,mentang2 le dia pkai road bike kawan2 yg pkai mtb dia lupa kan trus nasib baik le aku bertindak sebagai sweeper..
Kayuh punya kayuh maka sampai lampu isyarat Summit kali ini aku pulak nak test power maka tukang ganti nya ada lah Helmi..
Haha ate rasakan pulak lah ye bila bawak geng baru kayuh ni...

Kami berehat di Awan Besar untuk acara biasa lepak2,minum2(x silap aku dah masuk 3x semasa dlm perjalanan tadi) dan ngobrol2..
Dalam pada itu sempat lah aku tanya2 Chua dan Shiva berapa jauh yg derang penah kayuh rupa nya stakat 15km je sebelum ni patut le aku tngok kesusahan serta kepayahan tahap kritikal semasa mendaki laluan yg berbukit td,penggunaan gear juga masih x berapa teratur lg...
Bagi beginner biasa lah kelemahan2 tersebut lama kelamaan pasti akan boleh diatasi bak kata omputih 'practise make perfect'..

Perjalanan blik pun bermula,kali ini Puyau pula di hadiah kan dengan pengalaman berharga mengiringi pengayuh2 baru tersebut(jangan nyumpah2 dlm ati ye,x baik, tetamu kita tu)..
Sekali lg Andrian@Tan memecut ke depan,lantak le bior kan aje,aku dan Helmi dpt menangkap beliau semasa di trafic light Summit dan mengajak berhenti di bus stop berdekatan menanti kawan2 di belakang tapi dia tetap gak menonong
kedepan,x dengor gamaknya..
Setelah abis rokok sebatang setengah baru le yg lain2 sampai dan aku menyuruh mereka melepak dulu..

Perjalanan diteruskan dan kali ini aku mengambil alih untuk menjaga Chua dan Shiva manakala Puyau dan Hilmi terus menghilang di dalam gelap jalan motor yg x berlampu..
Akhir nya smpai juga kami ke Sri Muda dengan selamat nya..
Maka berjaya lah aku yg di amanah kan oleh uncle untuk menjaga anak buah nya dan kawan2 nya malam ini dengan bantuan Puyau dan Helmi..
Kami pun nyinggah minum sebelum bersurai kira2 1.30 pg..
Perjalanan 40km yg biasa aku dan Helmi ambil sekitar 1 jam 30 minit menjadi 2 jam 45 minit pulak mlm ni tapi xde hal lah yg penting org2 br dapat menamat kan kayuhan dengan selamat nya..
Aku harap dapat le berkayuh lagi bersama Adrian@Tan dan geng2 nya di lain kali..

Hingga berjumpa lagi di ceritera yg lain..
Arios amigos..

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Rabu, 4 Mei 2011

Kayuh terlajak ke Putrajaya

As'salam'mualaikum...

Senin tanggal 2hb may 2011,seperti yg dijanjikan bersama Pokcik untuk melaku kan kayuhan 'sempoi' sekitar Shah Alam setelah 2 minggu Pokcik cuti kayuh atas kesibukan bekerja malah 3 ari cuti sabtu dan hari pekerja ahad masih penuh aktiviti perkahwinan anak buah plak hanya ari ini je bole melepaskan gian..

Cadang nya hendak gerak jam 7.30 pg memandangkan Helmi yg bekerja malam pun ndak ngikut maka terpaksa menunggu dia blik koje dulu,nggu kosong wat letih je, perut pun 'bulor' jadi gerak ke mamak dan pekena roti canai le dulu bersama Pokcik..
Tunggu punya tunggu kul 8 br Helmi sampai dan dia pun nak sarapan juga ate kene le nunggu lg..
Dalam nyembang2 tu provokasi antara Helmi dan Pokcik pun tercetus tentang kemana hala tuju pg ni sebab dua2 nya lama x kayuh bersama dan masing2 nak menunjuk kan kekuatan antara jauh dkat nya destinasi nak pegi pg ni..
Jam terus berdetik menghampiri 8.30 dan aku terpaksa masuk campur dalam perang psikologi deme ni dengan ngajak memulakan kayuhan asik dok pongpang pongpang sampai tengahari pun x kayuh2 lg...
Pokcik memberi kebenaran Helmi untuk membawa kami melalui route yg di hajatkan nya..

Helmi menghala ke Kesas dan lalu kilang Proton,dalam hati aku ingat masuk Subang dan kuar Hingway Persekutuan sampai JPJ Padang Jawa patah blik Sri Muda je tetiba dia masuk arah Puchong plak mesti ke Putrajaya ni..
Maka telahan aku tu betul rupanya sebab dlm perang psiko depa td ada gak dengor2 Putrajaya,aku pun 'folo' kan aja...

Helmi yg menarik kayuhan,dlm bincang2 td antara 25-30 je tapi kat atas jalan 30-35 pulak jadinya walau pun basikal besi nya nak hampir 20kg berat tp laju jugak,tercunggap-cunggap jugak aku ndak ngekor nya,ini le untung nya org x ngisap rokok stamina ada je walau lama x kayuh(apsal le aku susah beno nak berenti merokok ni)..
Akhirnya kami sampai di Putrajaya dengan selamatnya dan tempat pertama dituju adalah kdai mamak(lapor ayor)..

Selepas itu kami pun merayau-rayau ke tempat2 menarik sambil bergambor,Pokcik yg mula2 nya agak malu2 kucing nak bergambor tetapi menjadi ghairah pulak selepas itu untuk di mms kan kepada bini sbagai bukti..
Aku pun me mms kan gambor nya yg aku ambil ada le dlm 4 keping sbb telepon nya x boleh mms mesej,dah jenuh gak aku kutuk br smalam katanya nak angkat Samsung yg canggih dan ngetop masa kini(ntah apa model yg di kabor nya aku x ingat,angkat jangan x angkat)..

Rayau lepak rayau lepak udah kul 1.30 ptg maka aku pun ngajak le balik untuk ngisi perut mana jadi roti canai sekeping je dari pg yop oii, targetnya nak pekena ikan bakor Chek Mat..
Makan di Putrajaya bukan x boleh takut x lalu ngayuh balik je bila 'bondot' dah penuh..
Perjalanan blik yg sepatutnya lancar menjadi huru hara apabila Pokcik yg dah abis gas x dapat 'memolo' rentak kayuhan,beberapa kali juga aku dan Helmi menunggu ditepi jalan..
Keadaan menjadi parah apabila kami melalui jalan dalam di Puchong bg mengelak kan highway yg semakin sesak serta keghairahan pemandu2 yg memandu laju agak mengetarkan..
Pokcik yg mengekori aku tetiba hilang jenuh aku menanti x sampai2..
Aku dan Helmi menunggu dan menunggu sampai sejam lebih baru dia muncul,rupa2 nya dia tersesat hingga ke Puchong Prima patut le bila di telepon asik suruh blik dulu je..
Akhirnya kami meneruskan kayuhan bersama-sama semula dan sekali lg dia hilang tapi kali ini aku dan Helmi teruskan kayuhan hingga sampai Sri Muda..
Di sini aku dan Hilmi nak minta maaf pada Pokcik kira nya rasa 'terdajal' dengan kita orang tiada niat langsung..
Tujuan nya hanya nak kayuh jauh sikit dan berseronok di tempat yg di rasa kan amat menarik untuk meredakan sebarang tekanan dengan keindahan bangunan2 dan tasik2 buatan yg menenangkan...
Kayuhan kami +/- 80km sahaja..

Hanya cerita je yg aku tuliskan gambo ada sikit2 je yg lain dah upload didalam fb..
Pada Pokcik jangan serik nak kayuh sesama lg ekk,aku dan Helmi sekali lg ingin meminta maaf pada Pokcik tentang ketidakselesaan kayuhan balik semalam.
Maaf kan kami..
Maaf kan kami..
Maaf kan kami..
Maafff kan kamiii....

Sehingga berjumpa lg di lain ketika..
Wassalam......
Sent using a Sony Ericsson mobile phone