Translate

Halaman

Rabu, 27 Februari 2013

LTDL Proton-Genting(stage 5)

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari Isnin(25-feb-13) yg lepas aku telah berkesempatan menyaksikan LTDL peringkat ke 5 dr Proton ke Genting bersama Lukman dan Yus..

Pada kali ini kami x pergi ke tempat permulaan di Proton COE sebaliknya terus menuju ke Genting seawal jam 9 lg..
Cuaca pg ni agak mendung disepanjang perjalanan kalo hujan kat atas mmg naya le jawapnya sbb baju hujan dan payung pun x bawa sekali..

Sampai di Gohtong jaya kami singgah minum2 dan lepak2 dulu sambil melihat gelagat pelancung2 luar dan tempatan yg ramai lalu lalang x lupa juga peminat2 basikal yg menjadi kan tmpt ni sbgai persinggahan sebelum naik keatas..

Setelah sarapan kami terus naik keatas menuju ke tokong cina yg ntah apa ke nama tp pengemar2 basikal lebih senang memanggilnya Pagoda sahaja kerana disini kawasan pendakian yg paling teruk dan cuma 3km dari garis penamat..

Didalam perjalanan ke tokong tersebut kelihatan juga ada pengayuh2 yg menggayuh naik ke atas,siksa betul kalo ditengok kan gayanya,ada juga yg hanya menolak basikal memasing..

Sesampainya di Pagoda telah ramai penonton yg hadir memenuhi kawasan tersebut dan kebanyakan nya turut membawa basikal memasing sekali,sambil menyelam sambil minum air sambi menonton sambil menguji diri mendaki Genting agaknya..

Di Pagoda ni juga di mana berkumpulnya peminat2 yg 'gila'2 dengan berbagai versi pakaian di gayakan,ada yg berpakaian Naruto,nelayan,petani dan lain2 tp yg x tahan di lihat ada yg pakai boxer je tahan betul kulit derang hahaha..

Aku,Lokman dan Yus mengambil tempat yg paling strategik dimana kami boleh melihat pergerakan pelumba dari 3 laluan berlainan tp cuaca mendung dan berkabus agak kuat membataskan penglihatan kami..

Lebih dari 30 minit menanti akhirnya muncul seorang pelumba pasukan Baku yg berseorangan mendahului maka bersorak lah penonton memberikan sokongan dan apabila melintasi tmpt kami ada seorang kawan yg lepak bersama memberitahu yg pelumba Baku tersebut tiada memakai nombor..
Mungkin pelumba simpanan yg menjadi pemberi maklumat kepada pasukan nya yg x pernah mendaki laluan ini,agaknya lah..

Dalam 15-20 minit kemudian barulah muncul 2 org pelumba sebenar yg mendahului peserta yg lain maka gegak gempitalah kawasan sekeliling dengan tepukan dan jeritan penonton..

Apabila semakin ramai yg lalu keadaan menjadi lebih gempita dengan berbagai gelagat dan sorakan yang mana ada antaranya berbunyi seperti 'come on Gangnam style' utk rider Korea,'ayoh gowes Mas','Indonesia bisa' untuk rider Indonesia dan 'come on Pak Itam' untuk rider2 berkulit hitam sambil menolak pelumba keatas,memang kelakar melihat gelagat peminat2 ni..

Hujan yg rintik2 telah menjadi lebat menyebabkan kami mencari perlindungan walaupun ada lg domestic rider yg masih belum naik ke tmpt kami menanti,padan ngan muka ada payung kecik anak Lukman malu nak bawa td hehe..

Walau pun lencun dan menggigil tp aku cukup puashati dapat menyaksikan stage 5 ni..
Kami terus naik ke puncak tetapi x singgah ditempat penamat dan terus bergerak pulang..

Setakat ni je lah mampu aku catitkan pengalaman menonton secara langsung LTDL bg musim 2013 ni..
Kalau ada kesempatan tahun depan naik lg..

Selasa, 26 Februari 2013

Sekitar Criterium Shah Alam 2013

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua..

Kali ini aku nak cerita tentang kejohanan Criterium Shah Alam 2013 yg telah berlangsung pada hari Sabtu(16-Feb-2013)yg lepas..

Seawal 7.30pg aku dah gerak dr rumah di KL menuju ke stesen bas Klang untuk ke Shah Alam tp jenuh juga aku memusing-musing mencari bas yg ke UITM rupanya tempat nya dah berubah,adoi pepagi dah berpeluh ketiak..

Sesampai nya di Laman Budaya 3 acara dah terlepas, 3 acara iaitu untuk kanak2,bmx lelaki dan perempuan..
X kisah lah sangat banyak lg acara boleh disaksikan..

Meriah betul persekitaran tempat perlumbaan dengan kehadiran penonton dan peserta2 dr berbagai negeri dan kelab,antara nya team Terengganu,Kelantan,Pahang,Johor,Kl,Selangor,team Malaysia yg turut serta sebagai latihan untuk Ltdl,team Ids,Amaniz,Xl,Kayuhbeb dan banyak lg..
Puas jugak aku tercanggak-canggak mencari kengkawan tp sorang x nampak muka,nasib baik lah jumpa 'wak' bekas member tmpt keje lama aku,boleh lah wat kawan bersembang..
Nampaknya geng2 UGCC seorang pun x ikut serta acara Mtb disebelah pg ni walaupun aku harap sangat saudara Annuar Salehan turut serta sbb dia yg paling rajin berlatih rugi lah kalau x 'test power' tp apa nak buat komitmen sebagai adviser satu event di Janda Baik membataskan aktiviti yg lain2 gamaknya..

Aku juga berjumpa kengkawan lama aku seperti Shamsul yg dah 2 tahun 'gantung basikal' sbb sibuk jd penembak(photographer),Azizan Fixie yg dtg dr Batu Pahat pun ada jd bertambah-tambah kecoh lah jawabnya..
Selain itu Pejai Maybank dan Nan Delek pun ada yg mana kedua-dua mereka mempunyai anak yg mewakili Selangor bwh 15..

Sebelum aku terus meraban teben elok lah aku tuliskan pemenang2 mtb ni yg aku ingat je lah..

Senior Vateran
1.Ravi Rafi(Chiru)
2.Manjit Singh(Polis)

Terbuka Lelaki
1.Suhardi Hasan(KL)

Terbuka Wanita
1.Maziyatun Radzi(Kedah/Malaysia)
2.Nurul Suhada(Terengganu/Malaysia)

Selepas rehat acara Rb pun di langsungkan bermula jam 2ptg dan br le aku nampak geng2 aku itu pun yg junior2 nya yg otai2 x nampak langsung hingga ke sudah..

Geng2 junior ni bertanding dlm kategori bawah 15 tahun,pertandingan kategori ni pun cukup hebat saingan nya dengan peserta2 dari Bike Lapz Terengganu,Johor,KL dan Selangor semestinya..
Pada lap pertama Isham aka Tiembax Ciecax berjaya menempatkan diri dikelompok hadapan kedudukan ke 12,13 kalau x silap aku manakala di lap ke 2 beliau dikedudukan ke 3
dan di lap 3 beliau mendahului lain2 peserta ketika melalui hadapan Kompleks PKNS beliau telah dihimpit oleh pelumba2 Selangor yg mengatur strategi mengawal kelompok hadapan,akibatnya beliau telah terjatuh hingga patah rd basikalnya dan x dapat untuk meneruskan kayuhan..

Aku telah membawanya utk mendapat rawatan untuk mencucikan luka2 di lutut,lengan dan belakang badan..
selepas itu pengurusan Selagor pula membawanya untuk pemeriksaan lanjut di klinik pasukan di Alam Megah..Alhamdullilah xde tulang yg retak atau pun patah..

Kesimpulan yg boleh aku buat beliau ada pontesi didalam sukan ini cuma kekurangan teknik dan pengalaman serta ketiadaan perlindungan team mate nya yg agak tertinggal dibelakang menjadi penghalang..

Harapan aku agar beliau x serik untuk menyertai kejohanan yg lain..

Sebelum rapuan aku pergi entah kemana eloklah aku tuliskan pemenang2 acara Rb yg mana aku ingatlah kalau nak keputusan penuh check kat web race boy lah ye..

Road Bike

Senior Vateran
1.P2K
2.Sharin
3.Manjit Singh(Polis)
4.Sapuan Aman aka abg Tuah(RKCC)

Junior Vateran
1.Saiful Ahmad(Amaniz)
2.Mahadzir Hamad(ex Malaysia/XL)

Terbuka Lelaki
1.Anuar Manan(Baku)
2.Malaysia rider
3.Fakharuddin Daud(Johor)

Terbuka Wanita
1.Fatiha Mustafa(Malaysia)
2.Jopha Sumneet(Malaysia)
3.Maziyatun(Malaysia)
4.Nurul Suhada(Malaysia)
5.Nurul Ain(Malaysia)

Satu perkara yg turut membanggakan aku anak Nan telah berjaya mendapat tempat ke 4 acara Mtb dan ke 3 acara Rb bawah 15,x sia2 ikut ayahnya dan kitaorg(geng2 tasik) berkayuh sejak usia 9-10 tahun dulu dibawah asuhan Atok(Saharuddin Jaafar)..

Cukup sampai disini catatan aku kali ini,in sha Allah bertemu lg di lain ketika..

Khamis, 14 Februari 2013

Kebaikan berbasikal..

As'salammualaikum dan salam sejahtera..

Walaupun banyak acara berbasikal teman2 UGCC sertai tp tiada yg ada masa untuk melaporkan disini jadi aku mengambil keputusan menulis tentang kebaikan aktiviti berbasikal ni kepada pengemarnya termasuklah diri aku sendiri..

Sebenarnya banyak kebaikan untuk kesihatan apabila kita berbasikal..

Mari kita lihat antara kebaikan2nya..

Berbasikal cara paling mudah untuk bersukan(beriadah),anda boleh berkayuh hampir kemana sahaja,bila2 masa sepanjang tahun,tanpa perlu mengempiskan poket dan mengurangkan kekayaan anda..

Ramai orang berhenti dari bersukan kerana sukan diceburi memerlukan skil2 yg tinggi,tidak mempunyai masa mencukupi menyertai sukan berkumpulan serta memerlukan belanja besar yg membebankan..

Kebanyakan dari kita tahu menunggang basikal dan sekali telah belajar berkayuh pasti tidak akan lupa,apa yg diperlukan adalah basikal,30 minit berkayuh ke sana sini yg bersesuaian serta sedikit keyakinan diri..

Berbasikal secara regular menguatkan otot kaki terutama sendi2 dibahagian lutut,peha,pangkal peha dan pinggul..
Berbasikal juga membina stamina dan sangat efektif kerana kita enjoy mengayuh tanpa menyedari akan berkayuh lebih jauh dari kayuhan sebelumnya..

berbasikal juga menambah baik kekuatan jantung(cardiovascular fitness) dari 3-7peratus..

Berbasikal juga menggunakan kumpulan otot2 terbesar seperti keseluruhan bahagian kaki juga sebahagian anggota atas badan,menggekalkan degupan jantung yg sepatutnya serta menambah stamina dan kecergasan..

Berkayuh juga akan membakar kalori,satu cara terbaik untuk menggurangkan berat badan,anggaran 300 kalori terbakar selama satu jam berkayuh.jika anda berkayuh 30 minit setiap hari anda berjaya kurangkan lemak 11 pounds setahun..
Mengikut British Medical Association,berkayuh 20 batu seminggu akan menggurang risiko penyakit2 berkaitan jantung sehingga 50 peratus..
Mengayuh akan memperbaiki kordinasi seluruh tubuh badan seperti tangan ke kaki,kaki ke kepala dan badan ke mata..

Berbasikal juga akan mengurangkan tekanan dan deprasi serta lebih mematangkan individu tersebut bg menjadi manusia lebih berguna(sabar,tolerensi,bantu membantu dll)..

Berkayuh dipinggir hutan contohnya akan mendekatkan diri ke alam semula jadi serta dapat menghirup udara segar dan keluar dari kepompong pencemaran..

Jadi kepada yg belum lg memulakan aktiviti ini cepat cari basikal,yg murah2 pun tak apa serta tak perlu seluar ketat baju sendat yg perlu hanya kerajinan berkayuh bila berkelapangan atau yg terbaiknya pada setiap hari demi menambah baik kan kesihatan anda,sama ada ianya salah satu cara untuk bersukan atau pun digunakan untuk berulang alik ke tempat kerja atau pun kegunaan harian anda..

Mulakan sekarang..