Translate

Halaman

Rabu, 27 Februari 2013

LTDL Proton-Genting(stage 5)

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari Isnin(25-feb-13) yg lepas aku telah berkesempatan menyaksikan LTDL peringkat ke 5 dr Proton ke Genting bersama Lukman dan Yus..

Pada kali ini kami x pergi ke tempat permulaan di Proton COE sebaliknya terus menuju ke Genting seawal jam 9 lg..
Cuaca pg ni agak mendung disepanjang perjalanan kalo hujan kat atas mmg naya le jawapnya sbb baju hujan dan payung pun x bawa sekali..

Sampai di Gohtong jaya kami singgah minum2 dan lepak2 dulu sambil melihat gelagat pelancung2 luar dan tempatan yg ramai lalu lalang x lupa juga peminat2 basikal yg menjadi kan tmpt ni sbgai persinggahan sebelum naik keatas..

Setelah sarapan kami terus naik keatas menuju ke tokong cina yg ntah apa ke nama tp pengemar2 basikal lebih senang memanggilnya Pagoda sahaja kerana disini kawasan pendakian yg paling teruk dan cuma 3km dari garis penamat..

Didalam perjalanan ke tokong tersebut kelihatan juga ada pengayuh2 yg menggayuh naik ke atas,siksa betul kalo ditengok kan gayanya,ada juga yg hanya menolak basikal memasing..

Sesampainya di Pagoda telah ramai penonton yg hadir memenuhi kawasan tersebut dan kebanyakan nya turut membawa basikal memasing sekali,sambil menyelam sambil minum air sambi menonton sambil menguji diri mendaki Genting agaknya..

Di Pagoda ni juga di mana berkumpulnya peminat2 yg 'gila'2 dengan berbagai versi pakaian di gayakan,ada yg berpakaian Naruto,nelayan,petani dan lain2 tp yg x tahan di lihat ada yg pakai boxer je tahan betul kulit derang hahaha..

Aku,Lokman dan Yus mengambil tempat yg paling strategik dimana kami boleh melihat pergerakan pelumba dari 3 laluan berlainan tp cuaca mendung dan berkabus agak kuat membataskan penglihatan kami..

Lebih dari 30 minit menanti akhirnya muncul seorang pelumba pasukan Baku yg berseorangan mendahului maka bersorak lah penonton memberikan sokongan dan apabila melintasi tmpt kami ada seorang kawan yg lepak bersama memberitahu yg pelumba Baku tersebut tiada memakai nombor..
Mungkin pelumba simpanan yg menjadi pemberi maklumat kepada pasukan nya yg x pernah mendaki laluan ini,agaknya lah..

Dalam 15-20 minit kemudian barulah muncul 2 org pelumba sebenar yg mendahului peserta yg lain maka gegak gempitalah kawasan sekeliling dengan tepukan dan jeritan penonton..

Apabila semakin ramai yg lalu keadaan menjadi lebih gempita dengan berbagai gelagat dan sorakan yang mana ada antaranya berbunyi seperti 'come on Gangnam style' utk rider Korea,'ayoh gowes Mas','Indonesia bisa' untuk rider Indonesia dan 'come on Pak Itam' untuk rider2 berkulit hitam sambil menolak pelumba keatas,memang kelakar melihat gelagat peminat2 ni..

Hujan yg rintik2 telah menjadi lebat menyebabkan kami mencari perlindungan walaupun ada lg domestic rider yg masih belum naik ke tmpt kami menanti,padan ngan muka ada payung kecik anak Lukman malu nak bawa td hehe..

Walau pun lencun dan menggigil tp aku cukup puashati dapat menyaksikan stage 5 ni..
Kami terus naik ke puncak tetapi x singgah ditempat penamat dan terus bergerak pulang..

Setakat ni je lah mampu aku catitkan pengalaman menonton secara langsung LTDL bg musim 2013 ni..
Kalau ada kesempatan tahun depan naik lg..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan