Translate

Halaman

Sabtu, 28 Januari 2012

Letua 100km 'the repeat'...

As'salam'mualaikum dan salam sejahtera..

Entah apa lah yg merasuk awal 2012 ni rajin pulak aku update blog..
Hujung minggu muncul lg ayoh kite 'menggemporkan' kaki..
Kali ini aku ndak ceritakan tentang kayuhan ulangan trail letua 100km bg menuh kan hajat org yg x penah kayuh kawasan tu.
X lama dulu dah try laluan ni tp masa tu banyak aral nya ku harap kali ini semua bergerak lancar..
Secara x lngsung kayuhan ni dpat membantu bg menyertai kayuhan letua pada bulan april nanti,ada laluan nya mgkin akan di lalui kelak..
Sblum terlupe mgkin aritu yg mane kene kokak mengkarung dapat menonjol kan diri kali ini..hihihihihi

Seperti di janji tmpat kumpul di Muneer Corner dah berapa kali aku promote tp x penah merasa makan minum free..ciittt kudukut

Antara yg muncul pg ni BB,MINAMI,AMIR deme ni dah folow itu ari manakala HELMI,MAS FIXIE,kali pertama mencuba trail ini..
Kami juge disertai oleh Mr Alex kawan BB dengor citer power mamat ni(jngan dia boring menunggu udah le)..
Annuar ceramic x join kali ni sbb dia ngikut geng BJCC menawan Broga Jantan,org kuat elok le ikut geng2 yg kuat2 jugak,sesekali boleh lah menempek geng2 terkulat-kulat kita org ni..

7.45 mula mengayuh dalam cuaca yg masih teduh siap mendung seluruh nunggu masa je nak luruh..
Dari start BB dah bukak langkah dok dpan je x berpaling dah,lpas melewati BT 3,lencong Bkt Jelutong untuk lebih selesa dan selamat hingga tembus ke Gutrie dan masuk pulak Kuang hingga ke Kundang(smpat lah mandi ujan kejap) terus ke Batu Arang dimana menjadi persinggahan untuk carbo loading atau bahasa kasor nya 'mentekedarah'..
Pg ni agak pelik sbb TIADA pulak yg mencedok nasik semua pakat2 makan kueh je dua tiga ketul sorang takut pulak depa kenyang x jadi keroje menyandor je lah smpai ke petang..
Kat sini lah ada dpat name kueh br lepat pisang jd kueh 'lipat',jenuh gak Mas kene sakat mujor kakak kdai tolong jd penyelamat..
Pisang xde pulak pg ni jd Kakak kdai tu bg betik free tp siap syarat,lain kali kalo lalu sini jngan lupe singgah lg..

Lepas tumpang buang membuang di balai Polis Bt Arang,terus kayuh Bkt Nenas menerobus jln Bt Arang nasib baik penunggu kawasan x melintas jalan tp jalan nya licin br lepas ujan x berapa berani nak tekan takut pas makan kueh makan jalan..
Henjut pulak jalan K.Selangor masih lg x renti mendaki hingga ada yg mula bersuara mengkarung mula nyucuk-nyucuk kaki.. Msuk felda Puncak Alam dan jumpe geng Setia Alam sblum dragon back trus berpecah.
Ingat kan semua leh lepas tp Mas pulak sangkut kali ini,lepas je siksa aku kayuh terus pekena air tebu untuk hilangkan dahaga tp BB n Alex menunggu org blakang diatas bukit pengabisan,abis segelas br lah depa muncul tp 2 org dah hilang,kata BB tayar Helmi bocor tp pas tukor tiub xkan x leh lalu Dragon Back sampai kene msuk Meru dan Setia Alam mesti ada hal tersembunyi..
Di gerai ni juge jumpe geng td siap ofer Mas train ngan bdak2 Selangor mgkin dia kagum tngok kayuh area sini hanya gune fixie..
X leh lelama sngat melepak sbb matahari dah kuor memacak jom lekas terus bergerak ..
Kayuh Jln Uitm Puncak Alam pendakian terakhir hari ini,kat jln ni Minami bukan main 'cargas' naik nya walhal sepanjang perjalanan td agak ketinggalan,power gula air tebu memberi tenaga gamaknya.
Masuk Gutrie semula dimana Alex dan Mas menanti(siap bring santai lg si Mas fixie)..
Menghampiri trafik light Bt 3 hpon aku berdering tp xleh nak angkat kawasan sbuk kene tumpu kosentrasi,kebetulan lampu tngah merah aku check lalu col semula rupanya tayar Mas dah bocor apa nak dibantukan aku pun dah nyawa2 ikan nak ptah blakang x lalu dah terpaksa lah panggil dia punye kawan..
Aku pun terus kan kayuhan bersama Minami yg terus pulang bila smpai kawasan perumahan nya,tinggal lah aku kayuh sesorang hingga smpai sri muda..
Smpai Mamak BB dah tersandor,'koyak' itu je yg aku dengor..
Aku tngok teruk jugak koyak nya hingga 2,3 kali tetido atas kerusi..
Mas pulak terpaksa memikul bsikal atas motor tiba x berapa lama kemudian,nasib baik member Puncak Alam nya dpt menolong kalo x menyorong tngah2 rembang matahari jawap nya..
Mana pulak Hilmi dan Amir dah potong jln dkat dan x berbukit masih x smpai2..
Lama gak br diaorg tiba bila ditanya berdalih-dalih je tp tekaan aku benar belaka di kokak mengkarung menjadi punca..
Nak buat camne,yg penting permintaan nya semalam kami dah tunaikan mgkin lain kali bole try lg mudah-mudahan segala halangan dpt diatasi..
Syukor pada tuhan semua nya selamat tanpa sebarang kecederaan dan kecelakaan yg memudaratkan..
Harapan nya dengan ada nya kayuhan berbukit-bukit ini akan menjadi kan kita semua lebih bersedia mental/fizikal untuk menyertai mana2 pertandingan yg bakal diadakan..

Catatan dr meter aku
Jarak:111.75km
Ave speed:25.4kmph
Max speed:57.6kmph
Masa:4:23:45

Was'salam

Rabu, 25 Januari 2012

Kayuh riang2 hari Rabu...

As'salam'mualaikum salam ceria untuk semua...
Kayuhan hari ini boleh di ibaratkan sbgai penggantian kayuhan yg x jd ahad lepas...
Aku pun x sangka ari rabu dah ndak nganti kan nya x sempat2 nunggu ujung minggu dah,pada hal ada kilang2,bank2,pejabat2 dah start beroperasi semula hari ini..
Aku sebenor nya malas nak join sebab aku tngah pokai apa ndak dikayuhkan.,
Masalah nya depa ndak juga aku ikut makan minum semua diaorang tanggung,aku pun serba salah dibuatnya dah macam muka welfare je aku rasa...
Alarm hpone dah menjerit seawal 6 pg tp aku liat je nak mandi pg ni tp kalo x pegi hpone aku pasti melalak dngan panggilan dan msj ndak x ndak siap kan lah diri..
Kul 7.50 dah gerak ke kdai ingat paling awai rupanya BB dan Minami dah smpai..
Meriah juga pg ni,selain BB,Minami dan aku,Azam Umw dan Annuar pun ada,Azam Rantau Panjang sepatut nya turut sekali tp dia last minit kayuh ngan junior Selangor ke Kuala Selangor..
Makan minum berceloteh mmg le seronok toleh jam kul 8.30 pg mgkin jalan dah kurang sibuk elok lah mula kan kayuh ikut kan bersembang smpai tengahari x gerak2 lg..

Laluan seperti dirancang tempohari Sri Muda-Bukit Jelutong(sini je berubah utk elak kesesakan sebelum dan selepas fly over)-Gutrie-Latar-Kundang-Latar-Dragon back-Jln K.Selangor/Puncak Alam-Gutrie-Sri Muda..
Kayuh kemek2 je pg ni sapa nak laju jalan dulu kat depan tunggu,lepak pertama hentian utara tmpt pengumpulan semua rider x sempat nyala rokok depa dah smpai ate moh kite terus kan perjalanan..
Masuk Latar pula,biase tmpt test power tp ari ni aku 'eskot' Azam je sbb dia br dlm road bike ni kang asik kene tinggai 'mental drop' takut gantung kat dinding je KHS tu nanti..
Akhir nya smpai Hentian Rehat Latar tetiba dngor 'proop prakk debukk' Minami tergolek,guruh xde ribut xde cuma nak pusing ke arah BB dan AS jer boleh tergolek,kombinasi lupe bukak clip,penat serta panas matahari jd penyumbang kejadian..
Kesian pun ada nak ngekek pun ada sbb aku nampak jelas masa jatuh nya..ekekeke
Menyongsang jln msk Kundang singgah kdai motor pam tayar Mi,terus nak pekena roti canai tp xde rezeki kdai bercuti lg,sbgai ganti singgah kdai air tebu pun jadi,menarik kat sini ada jual air berkarbonat botol kaca 80an atau pun di kenali sbgai 'oren bodoh' kat kg aku dulu..
Makanan x siap masak lg jd pekene air tebu se jug dan aiskrim soda sebotol sorang selain 'power stick' smpai ada mamat ni ngadap ke tasik x lalu kene 'perasap'..
Di sini Minami dah mula kene usik nak corner cam triller 40kaki akibat dr jatuh nya td..
Kuar Kundang masuk Latar jumpe xcident kow punye,asik sangat nengok smpai lupe ngambik gambo nya..
Lepak Petronas kene ayor lg panas betul cuaca tengahari ni,terus lg kayuh menuju Dragon back..
Sampai je sana merangkak-rangkak naik nya tiba tengah2 bukit pertama Azam melompat turun nya,aku terus daki dan turun hingga bukit ke 4 tmpt nuggu org yg sangkut..
'Heart rate dah smpai maks 180'kata nya patut le Azam sorong je td begitu juge di bukit ke 4,lepas jantung kembali normal terus kayuh Alam Idaman mencari makan tengahari,x lama setelah smpai je air BB dah menyuap org lain masih tercunggap-cunggap..mmg 'chempian', dia dah abis mkn br kami memilih/ mencedok lauk...
Lama gak dok berehat dan bg nasik turun sblum trus kan kayuhan Uitm Puncak Alam kali ni Azam berjaya layan semua nya..
Kayuh lg slow2 terutama di Bt 3 sbb kenderaan dah mula sarat dijalanraya hingga lah smpai Sri Muda dngan selamat nya tngok jam dah kul 3,lepak minum2 gelak2 kul 4 lebih gak bersurai nya..

Bacaan meter aku:
Jarak:97.67km
Ave:23.1
Max:59.4
Time:4:12:51

Buat Azam hari ini dah berjaya bikin rekod br tahniah di ucapkan yg paling penting mental barrier dah mula di pecah kan..
Lepas ni kalau tukar crank saiz 53 dan 10 cassete dah boleh berdezzzuupp pergi nya...haha ada bran..!

Terimakasih wat semua yg membelanja makan, minum dan rokok aku pada sepanjang hari ini, mudah-mudahan bertambah-tambah lah rezeki...Amin

Cukup smpai di sini di izin tuhan aku menulis lg..
Kong hee fatt choy dan bersua lg..

was'salam..

Isnin, 23 Januari 2012

Kayuh kudap2 pra Tahun Baru Cina tp sayang x menjadi realiti..

As'salam'mualaikum dan salam bahagia buat semua...
'kong si kong si kong si ni' itu lah sebaris lirik lagu Tahun Baru Cina yg aku biase dengor dan tau nak nyebut nya ntah apa makna x tau le aku tp makna baik2 le kot x kan makna x senonoh atau mencarut dlm sambutan tahun baru x msuk akal le pulak..
Kepada geng2 UGCC yg berbangsa Cina aku ucap kan Kong Hee Fat Choy terutamanya Darrem,Ah Leong,Ah Fai dan termasuk sekali semua kenalan Fb yg lain..

Cadangan nya kayuhan pg ni meliputi Sri Muda-Gutrie-Latar-Kundang(rehat pertama/sarapan roti canai)keluar semula Latar-simpang Ijok-Dragon Back-Puncak Alam-Gutrie-Sri Muda semula,ada lah dlm 88-90km jarak nya tp mgkin ambil masa dlm 3jam lebih kerana byak laluan berbukit akan ditempohi senang citer ndak terkencing terberak jugak le ngabis kan nya bg aku le,org lain mgkin semudah makan limau mandarin je gamak nya..

Sekitar 6pg aku dah terjaga walau pun kepala agak berat sbb kul 3 br membuta,bangun kan diri terus pi mandi takut2 kalo tangguh skit lg mau kul 12 plak sedo nya nanti..
Buat mana patut dulu terus sarung jersey,intai ke luor gelap lg tp jam dah 6.40pg,x lama pastu tik-tik-tik zink berbunyi rupe2 nya ujan dah mari..
Dalam 7.30-8.00 mgkin akan berhenti bisik aku dlm hati masih smpat kayuh lg atau skadar nyedap kan ati..
Ndak baring takut tertido jd aku pun buat le mcm2 jenis regangan bg melembutkan urat saraf badan yg ketat supaya senang ia berfungsi semasa ngayuh nanti..
Masa melewati 7.30pg x mau gak reda2 lg ujan ni lalu bukak lah tv smbil nyandor2 bodi di kerusi,x tau apa jd sedor2 dah 9pg tp ujan ttap turun lg..
Tngok phone ada mesej BB tanya tido lg ke?x kan ndak ngaku tido cepat2 kata idak dan dah ready dr td(terlena siap glove dan jersey tu,kalo ada yg amik gambo msuk fb jenuh aku nak nepis kutukan yg pasti berapi-api)..
Aku lyan blik tv,tetiba dngor phone berbunyi sekali tngok jam 10.10pg rupe2 nya 'terleboh' sekali lg,cepat2 aku msj aku tertido ndak nipu 2 kali dah kurang ajor,depa suruh kuor ajak ke mamak minum pg sbb kayuh dah x jadi..

Aku mandi lg bior nmpak fresh sikit lalu turun ke mamak,diaorg ready siap berjersey bgus komitmen depa tp cuma x de rezeki nak mgayuh pg ni..
Borak2 dr bsikal hingga kasut,pedal serta alat2 ganti smpai 2 kali oder siap pekena mee goreng br lah bersurai kira2 1 tngahari..

Hari ni x dpat kayuh minggu dpan ada lg boleh di rancang tp x boleh di janji jd kalo di izin kan yg di atas moh minggu dpan menjadi kan kayuhan ini realiti dan memenat kan diri..

Had ni lah yg dpt di tulis agar blog ni x bersawang jika tiada penulisan2 atau penceritaan2 yg baru..

Wassalam dan jumpe lg...

Best regards

Jumaat, 6 Januari 2012

Mari mencari penat pg Ahad...

As'salam'mualaikum salam sejahtera buat semua yg singgah di sini..
X lupe nak ucap 'kong hee fat choy' pada member2 berbangsa cina,x lama lg dah dlm seminggu dua je...

Pejam celik pejam celik ahad dtg lg dan pastinya x bererti cuti tanpa aktiviti memenat kan diri...
Laluan kali ini telah di bincangkan sejak 3,4 hari lepas lg..
Seawal 6pg dah dikejutkan dr tido yg x berapa lena oleh alarm phone yg x renti2 melalak...
7.00pg aku siap dh 'menebeng' di mamak pekena teh dan roti krim 2 bijik..
Abg Baha pun dah ada di sana..
Smpat gak le lyan fb jap br le deme sesorang tiba..

Ari ni 8 org je yg muncul menyambut cabaran ,terdiri drpd Nuar Ceramic,Bro Baha(yg bergaye sakan dengan bj Bike Pro dan topi Liquigas baru nya),Hilmi,Minami,Mas Fixie,Ah Leong,Amir dan aku,Lokman pun ada tp dia kayuh dkat2 je,Puyau dtg dngan DSLR nya sempat lah snap shot gambar sbelum kayuhan bermula,yg lain2 ada urusan msing2 dan ada yg msih x bersedia nak ikut..
Setelah sarapan,lebih kurang jam 8.15 pg kayuhan bermula dlm cuaca panaih pg yg 'merelip-relip' membahang kulit...
Kayuhan pg ni di iringi oleh isteri Nuar dan ank nya yg bertindak sbgai pembawa support car siap air 100 plus dan pisang turut di bawa bersama,cantik gak boleh numpang kalo x lalu nak ngayuh dah..

Ikut perancangan bermula dari Sri Muda-Kesas-Banting-Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya-Maju Highway-Kesas dan kembali ke Sri Muda..
Semasa smpai Bkt Tinggi tayar Mas dah bocor,lepas di ganti tiub br x smpai 5km bocor lg..macam x bg Mas ngikut je pg ni.
Selepas penukaran tiub kedua perjalanan diteruskan..
Pg ni sepatut nya Bro Baha jd tekong nya sementara Helmi jd sweeper nya tp bila atas jalan semua berterabur ikut suka,macam taik kambin jer..
Kelajuan kayuhan pg ni sekitar 30-35kmpj je mgkin flat road smpai ke Putrajaya tp masuk Maju Highway nanti x tau le berapa boleh pegi nya..

Tempat rehat pertama ada lah di Dengkil seperti biase dah ada yg sibuk carik nasik padahal br masuk kul 11 lebih je..
Aku,Nuar,Abg Baha pekena nasi sbb lepas ni susah nak jumpa kdai mkan dah,Ah Leong pekena nasi itik sementara yg lain makan maggie goreng.. Lama juga berehat nya sbb pasni x berehat dah hingga smpai di Kesas,lg pun nak kumpul tenaga memanjat jalan berbukit di Maju Highway,nasik x turun lg dah kene kerja keras.
Bila dah lama rehat kaki dah sejuk nak mula kayuh blik pun dah maleh je..

Teruskan perjalanan di Maju Highway,semua pakat2 melarikan diri tinggal lah aku meneman kan Ah Leong yg dah mula terasa di gigit mengkarung,akhir nya smpai juga ke Kesas (Awan Besar) untuk perhentian ke dua dan terakhir,terimakasih pada cuaca mendung sepanjang perjalanan di Maju Highway td kalo x masak kulit dibuatnya...
Sampai di sana Minami dan Hilmi x nampak muka padahal mereka didepan aku td,ntah2 salah jalan terus ke KL,tunggu punya tnggu masih x muncul2 maka terpaksa teruskan kayuhan pulang tanpa mereka..
Ketika perjalanan blik tayar Mas bocor kali ke tiga nsib le ye risiko bsikal fixie camtu ler,asik ngelonsor je tayar cepat nipis dan batu2 kecik senang terbenam di dlm nya terhentak kuat skit bocor lah tiub nya..
Sampai port tnggu lg,hingga lah membawa ke kdai mamak smpai abis perlawanan Datuk Lee Chong Wei yg memenangi terbuka Korea tetapi masih x sampai2 walhal td kata dah di Awan Besar..
Setelah pasti mereka selamat masing2 pakat pulang sbb bdan pun dah naik miang..

Route:
S.Muda-Kesas-Banting-Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya-Maju Highway-Kesas-S.Muda
Jarak:
112.64 kilometer
Average Speed:
25.6
Max Speed:
52.1
Masa:
04:23:51 minit

Buat kali ni ckup lah aku rasa,
nak tulis banyak2 pun idea xda,
panjang umur terus berjumpa,
di lain cerita di lain acara.

Was'salam