Translate

Halaman

Jumaat, 6 Januari 2012

Mari mencari penat pg Ahad...

As'salam'mualaikum salam sejahtera buat semua yg singgah di sini..
X lupe nak ucap 'kong hee fat choy' pada member2 berbangsa cina,x lama lg dah dlm seminggu dua je...

Pejam celik pejam celik ahad dtg lg dan pastinya x bererti cuti tanpa aktiviti memenat kan diri...
Laluan kali ini telah di bincangkan sejak 3,4 hari lepas lg..
Seawal 6pg dah dikejutkan dr tido yg x berapa lena oleh alarm phone yg x renti2 melalak...
7.00pg aku siap dh 'menebeng' di mamak pekena teh dan roti krim 2 bijik..
Abg Baha pun dah ada di sana..
Smpat gak le lyan fb jap br le deme sesorang tiba..

Ari ni 8 org je yg muncul menyambut cabaran ,terdiri drpd Nuar Ceramic,Bro Baha(yg bergaye sakan dengan bj Bike Pro dan topi Liquigas baru nya),Hilmi,Minami,Mas Fixie,Ah Leong,Amir dan aku,Lokman pun ada tp dia kayuh dkat2 je,Puyau dtg dngan DSLR nya sempat lah snap shot gambar sbelum kayuhan bermula,yg lain2 ada urusan msing2 dan ada yg msih x bersedia nak ikut..
Setelah sarapan,lebih kurang jam 8.15 pg kayuhan bermula dlm cuaca panaih pg yg 'merelip-relip' membahang kulit...
Kayuhan pg ni di iringi oleh isteri Nuar dan ank nya yg bertindak sbgai pembawa support car siap air 100 plus dan pisang turut di bawa bersama,cantik gak boleh numpang kalo x lalu nak ngayuh dah..

Ikut perancangan bermula dari Sri Muda-Kesas-Banting-Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya-Maju Highway-Kesas dan kembali ke Sri Muda..
Semasa smpai Bkt Tinggi tayar Mas dah bocor,lepas di ganti tiub br x smpai 5km bocor lg..macam x bg Mas ngikut je pg ni.
Selepas penukaran tiub kedua perjalanan diteruskan..
Pg ni sepatut nya Bro Baha jd tekong nya sementara Helmi jd sweeper nya tp bila atas jalan semua berterabur ikut suka,macam taik kambin jer..
Kelajuan kayuhan pg ni sekitar 30-35kmpj je mgkin flat road smpai ke Putrajaya tp masuk Maju Highway nanti x tau le berapa boleh pegi nya..

Tempat rehat pertama ada lah di Dengkil seperti biase dah ada yg sibuk carik nasik padahal br masuk kul 11 lebih je..
Aku,Nuar,Abg Baha pekena nasi sbb lepas ni susah nak jumpa kdai mkan dah,Ah Leong pekena nasi itik sementara yg lain makan maggie goreng.. Lama juga berehat nya sbb pasni x berehat dah hingga smpai di Kesas,lg pun nak kumpul tenaga memanjat jalan berbukit di Maju Highway,nasik x turun lg dah kene kerja keras.
Bila dah lama rehat kaki dah sejuk nak mula kayuh blik pun dah maleh je..

Teruskan perjalanan di Maju Highway,semua pakat2 melarikan diri tinggal lah aku meneman kan Ah Leong yg dah mula terasa di gigit mengkarung,akhir nya smpai juga ke Kesas (Awan Besar) untuk perhentian ke dua dan terakhir,terimakasih pada cuaca mendung sepanjang perjalanan di Maju Highway td kalo x masak kulit dibuatnya...
Sampai di sana Minami dan Hilmi x nampak muka padahal mereka didepan aku td,ntah2 salah jalan terus ke KL,tunggu punya tnggu masih x muncul2 maka terpaksa teruskan kayuhan pulang tanpa mereka..
Ketika perjalanan blik tayar Mas bocor kali ke tiga nsib le ye risiko bsikal fixie camtu ler,asik ngelonsor je tayar cepat nipis dan batu2 kecik senang terbenam di dlm nya terhentak kuat skit bocor lah tiub nya..
Sampai port tnggu lg,hingga lah membawa ke kdai mamak smpai abis perlawanan Datuk Lee Chong Wei yg memenangi terbuka Korea tetapi masih x sampai2 walhal td kata dah di Awan Besar..
Setelah pasti mereka selamat masing2 pakat pulang sbb bdan pun dah naik miang..

Route:
S.Muda-Kesas-Banting-Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya-Maju Highway-Kesas-S.Muda
Jarak:
112.64 kilometer
Average Speed:
25.6
Max Speed:
52.1
Masa:
04:23:51 minit

Buat kali ni ckup lah aku rasa,
nak tulis banyak2 pun idea xda,
panjang umur terus berjumpa,
di lain cerita di lain acara.

Was'salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan