Translate

Halaman

Jumaat, 11 April 2014

Earth Hour Ride 2014..

Assalam dan salam ceria buat yg tersinggah/terlayar  diblog hampir bersawang ini..

Aktiviti banyak tp yg tukang merapu nya agak sibuk tetapi untuk kali ini aku merajinkan diri untuk menulis cerita tentang kayuhan kali ini..

Kayuhan ini telah diadakan pada mlm minggu(29/3/2014) yg lepas..
Pada asalnya ramai yg ingin mengambil bahagian dan telah register online tetapi memandangkan pada petang tersebut telah hujan ramai yg tertunggu-tunggu untuk menyatakan mahu berkayuh ataupun tidak tapi masa tak menunggu dan lebih kurang 8.15 aku,Mas,Man Proton serta anaknya,Helmi, Ah Pow n the geng mula berkayuh walaupun hujan masih turun...

Sesampainya dilampu isyarat Seksyen 19 Ah Pow dan 2 orang kawannya berpatah balik kerana tak nampak jalan maklumlah mereka berkacamata serta boleh membahayakan jika meneruskan perjalanan...

Ketika melintasi flyover Seksyen 18 ke Seksyen 19 tayar depan Kuota Kredo pulak pancit nak tak nak aku pun menolong menukar tiub dan Mas tukang pam dlm hujan yg semakin lebat manakala Helmi dah tidak lngsung dpt dikesan,'menonong' jer peginya tak tengok2  belakang dah..

Saparuh hati ingat nak patah balik tp alang2  semua dah kuyup kami teruskan perjalanan hingga ke Dataran atas,masih ramai cyclist yg seperti memanaskan badan bila ditanya semuanya seangkatan geng2 aku terlambat sampai sedangkan yg lain dah berlepas..
Kami mencari tempat pendaftaran dan jika mmg dah rezeki tak kemana dapat juga t-shirt dan plat no..

Selepas itu kami hanya melepak sahaja sementara menanti peserta sampai ke Dataran semula nak dikejar tak tau jln mana yg dilalui..
Mujur juga ada Man Sawit yg menjadi penghibur dengan melakukan aksi kanggaro dan wilie..

Apabila peserta telah sampai persembahan pancaragam dan deklamasi puisi mengambil tmpat sebelum lucky draw menyusul dan kami mmg tak bernasib baik hanya jd tukang  tengok orang ambil hadiah,tak pe lah janji pisang,roti dan air mineral kami dah sesah...

Jam 11 mlm kami pun bergerak pulang    dan sampai kesudah tak jumpa2 dengan si Helmi yg ntah kemana  'menyasornya'...

Cukup setakat ini jika ada kayuhan lain yg aku sertai mungkin akan menulis lg tetapi  agak sukar untuk berkayuh sekarang ni kerana telah tinggal di KL  dan kesukaran menumpang teduh semalam dua di Seksyen 25 seakan membantotkam keinginan berkayuh malah selepas  kayuhan Earth Hour ini aku bermalam di kedai mamak sampai ke pg...

Wassalam