Translate

Halaman

Isnin, 21 Mei 2012

Cycle Fest MPSJ 2012

Salam sejahtera semua..

Pg ni aku bersama Azam dan Amir telah ke Usj 5 bg memberikan sokongan kepada Mas yg akan menyertai Cycle Fest ini dlm acara fixie..

Sebaik kami smpai kira2 jam 8.45pg perlumbaan bakal bermula sempat lah kami memberi kata2 semangat pada nya..
Pelumba negara Fauzan Ahmad Lutfi pun berlumba dlm acara ini..

Selesai perlumbaan Mas hanya menduduki tmpat ke 4 manakala Fauzan seperti dijangka mengungguli acara ini tetapi pihak penganjur membatal kan kemenangan tersebut,berkemungkinan kerana penggunaan sprockett hidup memberi advantage ketika di corner dan menuruni bukit..
Ketika merai kan kemenangan di garis penamat beliau tidak mengayuh mgkin di situ lah penganjur dpt mengesan kesalahan nya..

Apabila pembatalan dibuat kedudukan pemenang pun berubah dan Mas telah diangkat menduduki tmpt ketiga di belakang pelumba Bkt Jelutong kedua dan pemenang tmpt pertama dr Utem-kp1..

Di sebelah pg ini juga ada acara untuk OKU,Folding Bike dan MTB..

Banyak nama2 besar dlm bidang berbasikal seperti Annuar Manan,Rauf Misbah,Akmal Amron,Mariana Mohammad dan bekas2 pelumba negara seperti Nor Affendy Rosli,Hafiz Wong(Wong Ah Tiam),Sayuti Zahid,Mahatir Hamad,Ishak Amin,Sapuan Aman yg menyertai sebagai pelumba dan jurulatih termasuk juga pelumba motor Zambri Baba yg berlumba untuk mencari/menambah fitness..

M.Kumaresan pun ada sebagai duta Cycle Fest ini sementara Musairi Musa sebagai MC..

Dalam acara MTB terbuka lelaki Anuar Manan hanya berada di kedudukan ke 2 sahaja..

Selepas acara penyampaian hadiah kepada pemenang perlumbaan sessi pg Amir telah mendaftarkan diri untuk berlumba dlm acara road bike pada sebelah ptg setelah termakan racun dr member2 terutama nya dr Annuar Salehan dan kami pulang mengambil basikal road bike pulak ketika perlumbaan di rehat kan sementara waktu..

Jam 3 petang bergerak ke MPSJ semula,Puyau pun ikut sekali sebagai jurufoto..

Ketika kami tiba itu sedang berlangsung acara senior vateran di mana Sapuan Aman aka abg Tuah berjaya menduduki tmpat ke tiga..

Dalam acara junior vateran Annuar Salehan turut menyertai nya dan berada di peloton hadapan semasa lap pertama tetapi di lap ke dua x nampak2 rupa2 nya tayar telah pancit ntah apa di langgar dia pun x tau..

Acara terbuka public lelaki Amir dan Mas turut serta bersama 42 peserta lain termasuk muka2 yg aku kenal seperti Zaki,Oani,Azham dan Annuar pun turut serta lg setelah disuruh oleh sifu M meminjam rim dr team lain..

Pada awal nya Annuar dan Amir berjaya menempatkan diri di dlm peloton manakala Mas agak sedikit tersangkut..
Di pusingan ke dua Annuar dah lesap sekali lg tayar nya kebocoran manakala Amir maintain dlm group leader yg seramai 20-28 org,Mas pula dah drop lg ke belakang mgkin kelemahan penggunaan gear yg betul menjadi punca..
Amir berjaya menamat kan perlumbaan di tempat ke 15 masih dlm kelompok pemenang perlumbaan,masih boleh di banggakan walau pun lutut masih belum sembuh sepenuh nya manakala Mas setakat pusingan ke lima sahaja..

Dalam acara Elit lelaki perlumbaan di menangi oleh Nabil(MSN)yg mewakili Roda Pantas manakala Annuar Manan hanya menduduki tmpt ke enam sahaja..

Secara keseluruhan nya agak bergembira dengan pencapaian pengayuh UGCC kali ini walau pun x se gah nama2 kelab2 besar seperti P2K,Armaniz,Arus Racing Team dan BJCC yg turut menyertai Cycle Fest ini, sekurang-kurang nya telah serba sedikit berjaya menunjuk kan peningkatan..

Bagi mengetahui kedudukan penuh setiap kategori sila layari www.race boy.com

Tahniah MPSJ atas penganjuran ini bg menambah kan kemeriahan sukan berbasikal yg semakin mendapat perhatian dr seluruh masyarakat Malaysia ketika ini..

Isnin, 14 Mei 2012

Le tua 100 'Nothing Else Matter' 2012

As'salam'mualaikum..

Salam sejahtera salam ceria semua..

Hari yg ditunggu pun menjelma,jam 5.15pg aku dah terpancul di 'Port' bersama Basid dan ketika itu Azam,Amir dan Minami dah ada lalu terus ke mamak pekena dulu roti bom dan tongkat ali,ketika sarapan sorang2 sampai hingga ckup 9 org termasuk Puyau yg bertindak sebagai jurufoto merangkap sweeper kepada geng2 UGCC yg x dapat meneruskan kayuhan nanti..

Lepas subuh di surau berdekatan perjalanan bermula di kepalai oleh Baha kira2 jam 6.15pg,Azam dan aku bergerak paling lewat menanti Man Proton tiba,smpai bulatan 21 Man berpatah balik kerana dompet tertinggal,menunggu lg aku dan Ajam di dpan stadium Panasonic..

Sampai di UITM parking hampir penuh dan dengan kelam kabut nya menurun kan basikal memasang timing chip dan check kondisi basikal sekali lg agar semua nya dlm keadaan sempurna..

Selepas bacaan doa peserta di lepas kan dan seperti biasa bila dah dibarisan belakang mmg tersengguk-sengguk lah permulaan kayuhan..
Ben dan kawan nya serta SY ikut sekali berkayuh dengan group aku jd x lah boring sebab SY menjadi penceria keadaan,macam2 cerita dia ada dan habis semua org di tegur nya..

30km pertama bukit2 saja tp x lah teruk sangat kecuali Norman yg tersangkut dan melepak ditepi longkang..

50km seterus nya flat road tp bila kayuh sesorang rasa x mau pegi je kayuhan hingga bertemu 1 group yg mengajak join kayuh sekali bersama mereka, br le sedap sikit hingga berhenti di water station yg menyedia kan 100 plus dan pisang..

Teruskan kayuhan lg secara solo jumpe 1 group lg dan folo hingga water station ke dua di kaki Dragon Back tp aku x berhenti sbb air byk lg dan terus mendaki 20km terakhir sendirian tp smpat juga lah menyembang dngan geng2 yg dtg dr Pahang yg bertanya serba sedikit tentang Dragon Back ni,terus kayuh hingga ke Uitm,dlm 2,3km terakhir ada 1 pendakian yg paling tinggi melebihi 100 meter di mana aku terpaksa menolak dlm 10-20meter sbb nak up saddle pun x boleh dah peha dah tangkap sebelum cram dan jatuh baik aku turun dan sorong,selepas itu terus ke penamat dlm masa 3 jam 59 minit 57 saat,agak2 no berapa lah gamak nya tu?

Sampai je terus mencari nasi untuk mengisi perut.
Makananan yg di sedia kan mmg sedap2 tp bila tngah penat makan pun x berapa nak lalu tambah pulak air minuman telah kehabisan buat sementara waktu..

Diantara 12 org peserta UGCC hanya 4 org yg x habis kayuhan ia itu Norman 60km,Kay,Dora dan Pojie 80-90km dah hampir sangat dah tp kelemahan mental yg terganggu apabila melihat ada yg memotong di tarik oleh motor dan keadaan fizikal terutama kaki/peha yg cram menyebabkan mereka tidak meneruskan kayuhan hingga penamat..

Semasa lucky draw hanya Minami dan Mas je yg bertuah mendapat hadiah sementara yg lelain tngok aje,grand prize Speciallized Tarmac SL3 versi Astana di menangi peserta dr Johor,x sia2 dtg dr jauh..

Peserta yg terakhir tiba mengambil masa lebih dr 6 jam dan mendapat tepukan gemuruh dr peserta2 lain dan penghargaan khas berupa hamper dan barangan Rotor sebagai menghargai kekuatan mental dan kegigihan utk menghabiskan kayuhan kepada Amoi berkenaan..

Pengayuh terbaik UGCC ialah Amir no 58 yg mendapat hadiah khas dr Speciallized berupa baju yg bertulis 'Letua Top 100,kedua terbaik ada lah Mas no 162,Basid 200++@300++,Baha 4++,Azam 716,Azmi 721 dan Man 728..

Masing2 nampak berpuas hati dengan pencapaian masing2 termasuk lah diri aku sendiri walau pun sekadar rider gantian yg semalaman x tido2 hingga ke pg dan terus berkayuh,kerja gila..

Terima kasih penganjur yg berjaya menjadi kan event ini antara yg terbaik dr segenap segi dan di harap dpt menerus kan event sebegini di tahun2 mendatang..

Terima kasih kepada semua yg membaca kita jumpe lg..

Was'salam..

Isnin, 7 Mei 2012

Latihan mendaki untuk le tua 100 ride

As'salam'mualaikum dan salam ceria utk semua..

Pg ni seramai 6 org pengayuh telah ikut serta 'meragang' Genting Sempah hingga ke Bentong sebagai persediaan terakhir sebelum menyertai Le Tua 100 ride..

Latihan ni bukan bertujuan nak menang pun (mmg xde harapan) tp bg memudah kan pendakian yg di gembar gembur kan pihak penganjur meliputi 40% dr jarak keseluruhan kayuhan..

6.15pg dlm cuaca mendong dan hujan renyai2 kami pun bergerak dr port, gamble je lah kalo kat Gombak hujan lebat cari kedai kopi lepak minum je pg ni jawap nya..

7.30pg sampai JHEOA Gombak telah ramai pengayuh memula kan kayuhan,kami pun ikut bersiap dan mula bekayuh kira2 jam 7.38 pg..
Sampai puncak bersama Baha sementara Amir dan Mas telah sampai terlebih dahulu..
X lama kemudian Minami pun sampai bg tau yg Azam agak lambat kerana telah berhenti 2 kali dipertengahan jalan..mgkin dia x sihat sangat kot atau pun x cukup sarapan pg ni..

Setelah semua berkumpul terus gerak ke Bentong janji nak turun sesama tp Azam yg gerak sedikit awal x nampak2 dlm koyak2 dlm muntah2 bila dpt downhill lesap..
Baha mencadangkan untuk kami mengejar dan mencari Azam takut2 termasuk gaung kata nya secara berseloroh maka bermula lah sessi tarik menarik tekan menekan antara aku,Amir,Baha dan Mas sampai x ingat yg balik nanti 34km nak kena daki..

Akhir nya berjumpa Azam yg menafi kan dia tekan kow2 sesorang td tp yang pelik nya sampai x nampak langsung bayang nya tu,ada ilmu hitam bg org x nampak kat dia,si Azam ni agak nya..

Ingat bila dah jumpe tu abis le sessi tarik menarik rupa nya x,lg laju derang hentam aku pun folo juga had mana yg mampu(depa dah lapor gamaknya tu yg laju semacam je)..
Sampai Bentong nyinggah mamak pekena lah pulak,aku tngok Mas sampai x berapa lalu makan sbb memikir kan dompet nya yg tertinggal entah di mana senang cerita mmg xde mood lngsung kayuhan dia pg ni..

Ada mood x de mood kayuhan balik kene juga di buat sampai ada mengadu koyak rabak dan cram sana sini,aku pun terpaksa nyembur spray ke peha yg mula berdenyut-denyut sesampai nya di rnr Genting Sempah..
Itu lah bahana nya bila turun td x ingat dunia pasni nak ngadap bukit McD pulak aku pun x konfiden boleh lepas ke x kali ini..

Alhamdullilah akhirnya dpt juga aku melepasi nya bersama Mas sementara Baha dlm 50 meter nak smpai puncak terpaksa melompat turun begitu juga Minami dan Azam yg menyorong dipertengahan bukit sementara Amir dah sampai parking kereta masa tu..

Lupa nak cerita masa nak sampai puncak ada sebuah kereta nak menanya arah jalan tp aku hanya dpt jawap salam dan minta maaf kerana x boleh berhenti ketika itu,kalo berenti garenti menolak lah aku..
Sessi menurun bukit berjalan lancar hingga ke parkir kereta..

Sampai Sri Muda aku bg kunci umah kat Mas dan suruh dia cari wallet nya alhamdullilah jumpa juga beg tersebut dan dia terus beli pisang goreng keropok goreng sebagai membayar niat,aku pun gembira juga dpat tumpang tuii,baru lah nampak ada riak relief di muka mamat Mas ni,cer pakai pounch bag pulak lepas ni dan letak semua benda penting dlm tu xde lah bersepah-sepah lg..

Aku harap agar2 geng2 UGCC tak ada yg menolak masa ride le tua nanti sbb latihan dah di buat sebanyak 3x sebagai persediaan mencukupi lah rasa nya..

Kepada geng2 yg x di bagitau untuk kayuhan ini minta maaf banyak2 sebab kayuhan ni di buat secara tergempar itu sbb x di masuk kan dlm page UGCC,panjang umur kita pegi lg dan kalo bole kita sewa lori supaya ada ahli yg x tertinggal..

Kita jumpe di Le Tua 100 ride minggu depan..

Was'salam..