Translate

Halaman

Sabtu, 2 Julai 2011

'Kayuhan Sihat Ceria' Karangkraf..

As'salam'mualaikum dan salam sejahtera...

Aku mendapat maklumat kayuhan ini dari Pak Imam melalui pengiklanan di dalam bicyclebuysell.com..
Dengan segera aku memberitahu geng2 yg lain dan setelah mendapat tahu 500 penyertaan terawal akan mendapat jersey maka laju lah semua nya menghantarkan nama dan no kad pengenalan masing2..
Seramai 10 org telah bersetuju untuk turut serta terdiri daripada Iyus,Puyau,Amir,Pak Imam Tapa,Lokman,Helmi,Darren,Leong,Shiva dan aku sendiri..

Setelah semua maklumat terkumpul maka Pyann aka Puyau ditugaskan untuk meng email kan nama2 tersebut kepada cik/puan Maizan(salah seorang dari pihak penganjur).
Pak Imam pula bertidak sebagai 'runner' untuk menghantar wang yuran penyertaan kepada pihak penganjur(Kumpulan Karangkraf) beberapa hari kemudian..

Mengikut apa yg di iklan kan kayuhan ini turut disertai oleh TSG team,M.Kumaresan dan Musairi Musa sebagai pengayuh jemputan..
Pameran basikal,best fixie dan bakal dihiburkan oleh persembahan pentas artis2 baru tempatan serta makananan dan minuman juga lucky draw pun ada disediakan..

Sabtu
25-06-2011
Jam 6.00 pg aku dah mengejutkan depa ni takut ada yg terlajak melayan internet smpai tak boleh bangun kalau tak dikejutkan,aku sendiri pun baru tido 2 jam setengah jer sebab mlm td gatai nak kayuh lg pastu kul 3.30 pagi baru boleh lelap...
Pagi dinanti telah pun tiba dan aku pasti ada yg tak dapat tidur nyenyak malam td kerana keterujaan ndak mengayuh pg ini..
Ada juga yg heboh bercerita nak bergambor dengan si polan dan si polan sebelum ni,lantak kome le haha...

6.50 pagi baru gerak tp Pak Imam tak nampak sampai ke sudah mesti kes terlajak selepas sembahyang suboh ni..
Sampai di Karangkraf tak berapa ramai pengayuh kelihatan mungkin sambutan kurang memberangsangkan tapi sebaik pendaftaran dibuka jam 7.30pagi baru lah nampak meriah sedikit kerana ramai mendaftar penyertaan last minute,mungkin menjangkau lebih dari 400 org kesemuanya.. Setelah pendaftaran dan mendapat goodies bag serta diberikan
kupon makanan dan nombor untuk kegunaan lucky draw di terima sekali ..

Jam 9.00 pagi kesemua peserta dilepaskan setelah mendapat taklimat dari penganjur dan khidmat nasihat bekas dua pelumba negara M.Kumaresan serta Musairi Musa mengenai cara pengendalian basikal semasa mengayuh beramai-ramai bg mengelak kan kecelakaan..
Jika ada pembacaan doa sebelum perlepasan mgkin lebih baik lagi..

Kayuhan di sertai berbilang bangsa dan peringkat usia serta berbagai jenis basikal dari road bike,mtb,bmx,basikal recon Jepun hingga lah basikal kegilaan masa kini fixie bike..

Kayuhan bermula di depan Wisma Karangkraf melalui seksyen 15 dan mempunyai dua check point di Intekma Hotel yg juga station minuman dimana team TSG turut serta menyertai kayuhan
dari sini..
Check point kedua ada lah di Dataran Shah Alam di mana sessi bergambar diadakan kemudian perjalanan diteruskan ke tempat penamat di Wisma Karangkraf dengan jarak keseluruhan kayuhan sejauh 14km sahaja..

Sampai di lokasi penamat kami di hibur kan nyanyian artis jemputan serta di selang seli kan dengan cabutan bertuah..

Dalam geng2 aku ni hanya Helmi sahaja yg bertuah,start cabutan terus dapat yang lain2 tengok orang lain je ambik hadiah..
Makanan yg di sedia kan nasi ayam dan 100 plus tin sebagai minuman nya..

Masa terluang semasa menanti cabutan bertuah digunakan untuk bergambar dengan M.Kumaresan dan Musairi serta minta nasihat mereka serba sedikit tentang road bike berkenaan size yg sesuai,setting seat post/saddle dan lain2 lg.
Terimakasih kepada mereka berdua yg sungguh sporting melayan kita orang tadi..
Setelah habis cabutan bertuah dan sedikit servis basikal Lokman dan Puyau dari mekanik Rodalink kami pun mengayuh pulang..

Di harap ada lg penganjuran begini di tahun2 mendatang,