Translate

Halaman

Ahad, 24 April 2011

Kayuhan Hidup Sihat MPSJ..

As'salam'mualaikum

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali kepada semua yang rajin menjengok-jengok blog ini..

Kisah kali ini ada lah berkenaan kayuhan yg dianjurkan oleh MPSJ yang dinamakan sebagai 'Kayuhan Hidup Sihat MPSJ'..

Penganjuran ini adalah bertujuan untuk menarik masyarakat khasnya dibawah pentadbiran MPSJ untuk mengamal kan cara hidup sihat dan secara tak langsung memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang keujudan pengayuh2 basikal dikawasan tersebut..

Dari jam 6 lagi aku dah tersedar dan perkara pertama aku buat iya lah 'mengecol' si Puyau tp haram tak berangkat pun,tido mati ke?
Aku pun terus mandi dulu dan setelah selesai perkara2 wajib aku pun check hpone dan ada 2 return call dari Puyau wah lega btul rasanya bukan apa aku takut tak jadi je join kalau dia tak bangkit2 lg..
6.45 baru le aku kluor kedai mamak aku tengok 'kutu' dah 'menyetel' kan 2 biji telo separuh masak dan kopi tongkat Ali pun tinggai suku gelas jer ciss..

Setelah selesai sarapan jam dah 7.05 pg maka kami terpaksa memulakan gerak kayuhan agar tak ketinggalan semasa sessi perlepasan peserta yg di jadual kan bermula 7.30pg..
Wah 12km nak kena hadap ni nak menyampaikan ke tmpat perlepasan di stadium MPSJ,layan kan je sempat tak sempat tak fikir dah kayuh je sepantas yg boleh..

Akhirnya dengan peluh yg mencurah turun smpai juga ke stadium tersebut dan pembasikal2 telah pun memenuhi kawasan permulaan..
Berbagai jenis basikal ada seperti folding,mtb,touring,tendem,road bike serta fixie..
Yang menarik nya di sini budak2 fixie ada disiplin dengan memakai helmet yg agak sukar di lihat di tempat lain..
Peserta2 juga dr berbagai peringkat umur dan kaum..
Disitu juga aku dapat berjumpa dengan Hadi atau pun Eddy yg pernah 'selori' dengan aku dan Puyau semasa berkayuh ke Melaka dulu..
Selain itu ada juga muka2 yg aku kenal seperti Annuar serta geng2 Bukit Jelutong nya..
Turut serta memeriahkan kayuhan adalah bekas pelumba negara M.Kumaresan dan Musairi Musa..

Selepas ucapan2 ringkas,peserta2 di lepaskan oleh YDP MPSJ..
Kayuhan adalah di sekitar USJ dalam jarak 15km dan berkelajuan 20kmsj sahaja..
Kayuhan ini akan diadakan pada setiap ahad terakhir tiap2 bulan.
Kepada yg tak berkesempatan hari ini boleh le menjoinkan diri dibulan hadapan.
Pihak penganjur menyediakan air mineral dan roti kepada pengayuh2 dan di akhir acara sessi bergambar beramai-ramai di ada kan..

Akhir kata kepada MPSJ agar dapat meneruskan acara ini dan jangan sekadar separuh jalan sahaja memandangkan sambutan amat baik dari penggiat2 basikal bkan sekadar dari Subang malah dari Puchong dan Shah Alam seperti aku dan kengkawan dapat menumpang sekali..

Jumpa lg di lain kali..


Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Rabu, 20 April 2011

TREK SL 1000 AKAN MEMULAKAN AKSI...

As'salam'mualaikum..

Salam sejahtera semua..

Mungkin kerana banyak nya pengubahsuaian yg di laku kan oleh kengkawan aku memberi kan idea untuk melakarkan catatan baru..

Tapi kali ini bukan ubah suai yg nak di ketengah kan tetapi tentang frame baru yg 2 tahun tersimpan dan tergantung di kedai CMS CYCLE..
Frame ni kepunyaan SOPIAN aka PYANN LAMPARD(facebook) tp bg aku dan kengkawan aku lebih dikenali dengan panggilan PUYAU..

Bermacam masalah dihadapi untuk menyiapkan basikal TREK ini,masa nak buat le baru nak kawin selepas tu ada kes mahkamah pulak dan akhirnya kes saman semuanya melibatkan duit,duit dan duit lagi. Apabila masalah semua selesai baru le tumpuan dapat di berikan bg mencari 'part2' yg diperlu kan untuk menjadikan frame kosong kepada sebuah basikal...

Bermula dengan rd 105,fd Ultegra,shifter Tiagra,sistem brek Tektro,seat post-handle bar-saddle Ritchey,rim Maddox r3.0 serta di lengkapkan dengan tayar maxxis..
Macam rojak pulak tp apa ada hal janji boleh kayuh sudah..
Nanti ada modal tukar le apa yg di hajat kan.

Sebagai perasmian untuk TREK ini pada 24hb April ini akan turut menyertai Kayuhan Amalan Hidup Sihat MPSJ jika tiada aral melintang insyaallah..

Akhir kata selamat kembali mengayuh buat Puyau dan sekarang tak payah risau dah sebab basikal sendiri punya tak perlu pinjam2 lagi...
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Jumaat, 8 April 2011

Scott CR1 tinggal kenangan..

Salam sejahtera..

Setelah hampir seminggu di iklan kan ke dalam bicycle buy and sell akhir nya pada tanggal 8hb april 2011 SCOTT
CR1 berjaya dijual..
Turut dijual bersama rim,handle,seat post,saddle dan groupset Shimano 105..dengan harga yg x diketahui...
Pada mula nya bro Lokman hanya ingin menjual frame sahaja dengan nilai rm2500 tetapi akhirnya berubah fikiran setelah mendapat idea untuk mengubahsuai frame baru nya(Greg Lemond) berlatar belakang kan group set campagnolo(anthena/chorus)bagi di sesuaikan dengan topi campagnolo yg br di beli di ebay gamaknya ..

Tiada apa dpt dikatakan tentang perubahan yg dilakukan meski pun basikal Scott cr1 itu lebih ringan jika dibandingkan dengan basikal Greg Lemond yg diperbuat dr besi,mngkin minat mendalam beliau pada basikal retro tak dapat dipisahkan dan mgkin juga Scott cr1 itu hanya bersaiz 50cm kurang sesuai dngan ketinggian nya manakala Greg Lemond yg bersaiz 52cm akan dapat mengurangkan kesakitan badan yg selalu dialami selepas setiap kali kayuhan..

Apa2 pun aku harap cepat le siap pemasangan basikal nya dan dpt kayuh semula dengan lebih bersemangat..

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Isnin, 4 April 2011

Musim kayuh solo

As'salam'mualaikum

Salam sejahtera..
Berbulan jugak tak update blog aku ni,makin tak ada idea dan tiada nya kayuhan besar yg di ikuti menambahkan kemalasan untuk aku melakar catatan baru tetapi akhirnya aku tulis juga sesuatu supaya blog ni tidak terus bersawang,bersemak dan seangkatan dengan nya...

Oh ya baru2 ini pengemar basikal dikejutkan dengan kemalangan maut yg melibatkan pengiat basikal iaitu PK dari group PCC kalau tak silap aku di highway MEX..
Sedikit sebanyak kemalangan itu memberi kesan kepada roadies2 seperti aku dan teman2 kayuhan ku yg lain tp bak kata org tua2 'ajal maut di tangan tuhan' tak kira masa dan apa yg
dilakukan ketika itu ajal tetap menjemput bila saatnya tiba cuma yg aku upaya laku kan lebih berwaspada semasa berkayuh dan aku harap pemandu2 beri lah sedikit ruang untuk pengayuh2 seperti aku dan yg lain2 beraktiviti dengan lebih selamat walau pun kami tak ber road tax dan berlesen..
Takziah buat keluarga PK mungkin nasibnya tak baik ketika itu...

Akhir2 ini aku banyak berkayuh solo sahaja di sebab kan kengkawan aku sedang sibuk..
Ada yg sibuk bekerja dan ada yg sibuk(tak pasti mana satu) mengupgrade atau pun mendowngrade basikal masing2 dari frame carbon kepada frame besi dari frame alu kepada frame besi serta masih ada yg x cukup bajet untuk menyiapkan basikal yg masih ter'sepok' dikedai...
Aku harap supaya segala pengubahsuaian ni berjalan dengan lancar supaya dapat kita semua berkayuh bersama-sama semula.

Kebiasaan nya kayuhan solo aku hanya di sekitar bandar Shah Alam dan Kesas Highway sahaja dan biasanya jarak kayuhan mengikut mood aku antara 50km-80km sahaja,jadi lah dari 'tido' smpai tengahari buta dan 'membeso' kan perut yg dah kurang 2,3 inci ni(elok2 dah muat balik 2,3helai 'suor' lama aku nanti kena beli baru pulak)rabak yop..

Sekali lg aku berharap agar cepat le basikal2 'mengkome' tu siap sbb aku dah mula bosan kayuh tak berkawan ni,takut kebosanan akan menjadi kemalasan dan bila kemalasan menjelma aku risau bersara awal je nanti..

Akhir kata buat semua 'tojang yop tojang'..'tojang sampai kengkang' haha...
Sent using a Sony Ericsson mobile phone