Translate

Halaman

Ahad, 24 April 2011

Kayuhan Hidup Sihat MPSJ..

As'salam'mualaikum

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali kepada semua yang rajin menjengok-jengok blog ini..

Kisah kali ini ada lah berkenaan kayuhan yg dianjurkan oleh MPSJ yang dinamakan sebagai 'Kayuhan Hidup Sihat MPSJ'..

Penganjuran ini adalah bertujuan untuk menarik masyarakat khasnya dibawah pentadbiran MPSJ untuk mengamal kan cara hidup sihat dan secara tak langsung memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang keujudan pengayuh2 basikal dikawasan tersebut..

Dari jam 6 lagi aku dah tersedar dan perkara pertama aku buat iya lah 'mengecol' si Puyau tp haram tak berangkat pun,tido mati ke?
Aku pun terus mandi dulu dan setelah selesai perkara2 wajib aku pun check hpone dan ada 2 return call dari Puyau wah lega btul rasanya bukan apa aku takut tak jadi je join kalau dia tak bangkit2 lg..
6.45 baru le aku kluor kedai mamak aku tengok 'kutu' dah 'menyetel' kan 2 biji telo separuh masak dan kopi tongkat Ali pun tinggai suku gelas jer ciss..

Setelah selesai sarapan jam dah 7.05 pg maka kami terpaksa memulakan gerak kayuhan agar tak ketinggalan semasa sessi perlepasan peserta yg di jadual kan bermula 7.30pg..
Wah 12km nak kena hadap ni nak menyampaikan ke tmpat perlepasan di stadium MPSJ,layan kan je sempat tak sempat tak fikir dah kayuh je sepantas yg boleh..

Akhirnya dengan peluh yg mencurah turun smpai juga ke stadium tersebut dan pembasikal2 telah pun memenuhi kawasan permulaan..
Berbagai jenis basikal ada seperti folding,mtb,touring,tendem,road bike serta fixie..
Yang menarik nya di sini budak2 fixie ada disiplin dengan memakai helmet yg agak sukar di lihat di tempat lain..
Peserta2 juga dr berbagai peringkat umur dan kaum..
Disitu juga aku dapat berjumpa dengan Hadi atau pun Eddy yg pernah 'selori' dengan aku dan Puyau semasa berkayuh ke Melaka dulu..
Selain itu ada juga muka2 yg aku kenal seperti Annuar serta geng2 Bukit Jelutong nya..
Turut serta memeriahkan kayuhan adalah bekas pelumba negara M.Kumaresan dan Musairi Musa..

Selepas ucapan2 ringkas,peserta2 di lepaskan oleh YDP MPSJ..
Kayuhan adalah di sekitar USJ dalam jarak 15km dan berkelajuan 20kmsj sahaja..
Kayuhan ini akan diadakan pada setiap ahad terakhir tiap2 bulan.
Kepada yg tak berkesempatan hari ini boleh le menjoinkan diri dibulan hadapan.
Pihak penganjur menyediakan air mineral dan roti kepada pengayuh2 dan di akhir acara sessi bergambar beramai-ramai di ada kan..

Akhir kata kepada MPSJ agar dapat meneruskan acara ini dan jangan sekadar separuh jalan sahaja memandangkan sambutan amat baik dari penggiat2 basikal bkan sekadar dari Subang malah dari Puchong dan Shah Alam seperti aku dan kengkawan dapat menumpang sekali..

Jumpa lg di lain kali..


Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan