Translate

Halaman

Isnin, 4 April 2011

Musim kayuh solo

As'salam'mualaikum

Salam sejahtera..
Berbulan jugak tak update blog aku ni,makin tak ada idea dan tiada nya kayuhan besar yg di ikuti menambahkan kemalasan untuk aku melakar catatan baru tetapi akhirnya aku tulis juga sesuatu supaya blog ni tidak terus bersawang,bersemak dan seangkatan dengan nya...

Oh ya baru2 ini pengemar basikal dikejutkan dengan kemalangan maut yg melibatkan pengiat basikal iaitu PK dari group PCC kalau tak silap aku di highway MEX..
Sedikit sebanyak kemalangan itu memberi kesan kepada roadies2 seperti aku dan teman2 kayuhan ku yg lain tp bak kata org tua2 'ajal maut di tangan tuhan' tak kira masa dan apa yg
dilakukan ketika itu ajal tetap menjemput bila saatnya tiba cuma yg aku upaya laku kan lebih berwaspada semasa berkayuh dan aku harap pemandu2 beri lah sedikit ruang untuk pengayuh2 seperti aku dan yg lain2 beraktiviti dengan lebih selamat walau pun kami tak ber road tax dan berlesen..
Takziah buat keluarga PK mungkin nasibnya tak baik ketika itu...

Akhir2 ini aku banyak berkayuh solo sahaja di sebab kan kengkawan aku sedang sibuk..
Ada yg sibuk bekerja dan ada yg sibuk(tak pasti mana satu) mengupgrade atau pun mendowngrade basikal masing2 dari frame carbon kepada frame besi dari frame alu kepada frame besi serta masih ada yg x cukup bajet untuk menyiapkan basikal yg masih ter'sepok' dikedai...
Aku harap supaya segala pengubahsuaian ni berjalan dengan lancar supaya dapat kita semua berkayuh bersama-sama semula.

Kebiasaan nya kayuhan solo aku hanya di sekitar bandar Shah Alam dan Kesas Highway sahaja dan biasanya jarak kayuhan mengikut mood aku antara 50km-80km sahaja,jadi lah dari 'tido' smpai tengahari buta dan 'membeso' kan perut yg dah kurang 2,3 inci ni(elok2 dah muat balik 2,3helai 'suor' lama aku nanti kena beli baru pulak)rabak yop..

Sekali lg aku berharap agar cepat le basikal2 'mengkome' tu siap sbb aku dah mula bosan kayuh tak berkawan ni,takut kebosanan akan menjadi kemalasan dan bila kemalasan menjelma aku risau bersara awal je nanti..

Akhir kata buat semua 'tojang yop tojang'..'tojang sampai kengkang' haha...
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan