Translate

Halaman

Khamis, 8 Mac 2012

Bertukar angin ke Morib dan Pulau Carey mencari pengalaman baru...

Salam ceria dan salam sejahtera semua..
Selalu kayuh arah ke Rawang kali ni ubah angin kayuh flat road ke Morib dan Pulau Carey..
Dengar flat road cam sdap je bunyi nya tp angin laut yg kencang boleh membikin semput dan kayuh jalan rata akan membuat kaki 'non stop' sepanjang masa,siksa juga lah senang cerita...
Setelah di bincang dlm page UGCC maka pagi ini aktiviti dpt di jalan kan selepas cabaran bro baha mendapat sambutan dr rider2 tetap yg berani mencuba laluan ini..
Oleh kerana jarak agak jauh kayuhan di mula kan awal sedikit dr biase iaitu jam 7.30pg sharp..

BB,,PUYAU,MAS,AMIR,MINAMI dan aku sendiri yg jd pengayuh, sementara Pojie ikut sbb memenuhi hobi DSLR nya selain menjadi support car x rasmi kami,ok gak attendance,ingat keletah ngomen je depa2 ni tp mau jua ikut serta mgkin tercabar dngan kata2 BB dlm page UGCC gamak nya..

Perjalanan pegi dr Sri Muda-Kesas-Taman Botanic hingga ke Morib berjalan lancar berkemungkinan cuaca masih redup dan kaki tngah fresh lg,jam 9.45pg kami dah sampai ke distinasi..
Pagi minggu pantai Morib org sentiasa ramai,terjumpe mat saleh dr Canada yg kayuh keliling dunia..
Lama jugak le membelek basikal dan bertanya pengalaman nya yg telah menghabiskan setahun setengah memenuhi impian tersebut bermula dr Peranchis hingga ke Malaysia dari badan yg Xl kini dah jadi M@S dari manager syarikat kepada org x bekerja,banyak pengorbanan kene di laku kan dan perlu ketahanan mental yg tinggi(setiap hari kayuh 100km tu)..
Sempat juge dia merasa pau@'dumpling' versi Malaysia yg tergantung dibasikal Minami sejak bermula kayuh dr Shah Alam lg,serta mencuba dan memberi komen basikal proton Amir yg kata nya stiff dan cantik serta murah.
Sempat lah begambor sesikit dengan mereka..
Pasangan Canada itu turut memuji org2 MALAYSIA yang friendly dan mudah membantu, antara yg terbaik dikalangan negara2 yg telah mereka lewati..
Di ketika ini juga bertemu seorg rider BCC bernama 'A wie' dan turut minum sekali selepas pasangan touring Canada teruskan kayuhan ke PD..
Terdapat juga group2 dari Bangi yg turut menjadikan Morib sbgai tmpat persinggahan kayuhan mereka..
Lama masa dihabiskan disini(lebih 1 jam) sebelum perjalanan di terus kan melalui laluan tepi pantai Kelanang yg di ketuai 'A wie' BCC yg sukarela menjadi guide kami,terimakasih kepada nya yg membantu hingga ke TUDM.. Selepas tukar tiub Puyau dan menikmati makan tngahari di Sg Buaya perjalanan menghala Pulau Carey di teruskan..
Semasa memasuki pulau Carey kami di hidang kan jambatan baru yg boleh tahan juga tinggi nya tp x lah membeban kan sngat semua boleh lepas x tau le Minami yg tertinggal di belakang,di jalan pulau Carey ni br keupayaan btul2 teruji dngan mengayuh menentang angin laut yg kuat,speed dari 33+kmpj drop sampai 22-25kmpj walaupun jarak hanya 15km je hingga ke penghujung nya dimana terdapat penjualan ikan segar yg br di darat kan dan aktiviti nelayan pantai..
Sampai saja terus mencari air tin yg dijual bg melegakan kehausan, x lama selepas itu Pojie pun smpai bersama Minami yg rupe2nya telah jatuh pitam sebelum menaiki jambatan Pulau Carey,nasib baik lah Pojie ada kalo x,x tau nak wat camner..

1:45 ptg bermula perjalanan pulang walaupun masih ada rintangan angin tp x le sekuat semasa msuk td,boleh lah cecah 30kmpj dan ke atas ckit..
Ketika menghala ke Telok Panglima Garang hari dah makin gelap dan apabila sampai je Sijangkang mencurah turun hujan di tambah angin yg kuat terpaksa nyinggah bus stop,x lama kemudian Pojie tiba kali ini penambahan seorg lagi 'pasengger' Mas yg td nya kami tinggal kan sbb hendak membuang kumbahan..
Setelah soal siasat dijalankan rupa2 nya tayar bocor x jauh dr tmpat mancut nya td nak kejor blik agak jauh tertinggal lalu menaiki kereta hingga tmpt kami berteduh..
Pengepaman angin tayar dibuat sbb selepas hujan berhenti dia akan ikut kayuh semula..
Ketika ingin memasang semula rim ke basikal nya baru disedari rim depan tiada didlm kereta lalu bergegas pegi semula ke Pulau Carey untuk mencari rim tersebut..

Nak tnggu hujan berhenti sampai mlm jawab nya jd terpaksa meredah untuk segera tiba ke Sri Muda..
Sampai 'pot' yg naik kereta pun masih x tiba..
Dlm cuaca hujan2 ni perut lapor sesaje,perlu sumbat dulu sementara menantikan kehadiran mereka..
Seperti yg diduga mmg x jumpa rim nya,apa nak kata kene redho je,ada rezeki beli yg lain..
Jarak x jauh mana dlm 140km tp mula 7.30pg smpai 4.30ptg menyudah kan nya..

Ada beberapa perkara kene perbetul di kayuhan seterus nya..
-mula tepat masa
-yg tertinggal kejar dan jumpa tmpt ditetapkan
-sarapan pg dngan kuantiti yg betul
-beritau kengkawan jika menghadapi masalah ketika sedang berkayuh
-jika melaku kan sebarang penggantian/'pengejasan' harus peka keadaan skeliling serta barangan dikumpul di tmpt berdekatan
-bawa penambah tenaga seperti power gel/bar
-krim/minyak panas dan spray utk sebarang kemungkinan kecederaan

Di akhiri ribuan terima kasih dan jumpa lg di lain masa..

Wa'salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan