Translate

Halaman

Isnin, 26 Mac 2012

Hospital JHEOA-Genting Sempah-Bentong bersama jersey baru...

Salam sejahtera,

Minggu lpas recce jalan minggu ni terus jadi pojek kayuhan Genting Sempah-Bentong express betul derang..
Memandangkan jersey dah siap kayuh pg ni bergaya lah nampak nya..

Gerak dr port 6.15 disertai 10 org pengayuh dan seorg jurufoto merangkap support car iaitu saudara Fauzi..
Sampai hospital JHEOA jam 7.30++ terus salin pakaian dan memasang bahagian2 bsikal yg di tanggal sebelum nya untuk di muat kan ke dlm kereta semasa dtg td..

Sebelum start heboh pulak mencari tmpat membuang bila dah jumpa,bib menjadi pelambat proses pembuangan pulak(aduhai ada2 aje)..
Oleh kerana ramai pengayuhw lain dah berpusu-pusu naik,5 org dr geng UGCC x sabo lg sbb kaki dah merenyam-renyam lalu terus mula mengayuh tinggal lah aku dan amir yg setia menanti depa yg masih dlm tmpt pembuangan..

Perjalanan bermula,rilex je awal nya tp selepas 1 km dah mule berat dan semakin memberat terpaksa le menggunakan segala skil yg ada..
Ramai juga le pengayuh2 yg mula lebih awal berjaya di tapau tp geng UGCC yg gerak awal punggung pun x nampak lngsung bukan main pulun depa..
Akhir nya berhenti selepas roundbout Genting Sempah menanti Azam dan Darren yg belum tiba lg disamping sessi bergambor yg akan diadakan setelah semua nya berkumpul..

Lepas aje group foto perjalanan diteruskan ke Bentong kali ni agak rilex kerana menurun sesaja jd usah di kenang berdezup semua nya hilang,'awak' jugak le terkontang kanting sesorang kat belakang,sweeper terpaksa le berkorban..
Jalan ke Bentong banyak yg rosak dan berlubang,anjing pun bnyak dan monyet pun sibuk melepak sampai ke tengah jalan..
Separuh perjalanan br lah dpat tangkap Minami dan Azam lalu kayuh bersama hingga singgah mamak Bentong untuk ngisi perut(kul 10 dah melahap nasik)..
Lepas makan dan berehat dlm 45minit perjalanan balik pun bermula..

Sampai pertengahan jalan,berhenti air terjun untuk berendam sape punye idea pun x tau tp syok juga bdan merasa air sejuk,segor rasa nya badan..
Macam2 fesyen dpat dilihat bila otai2 berkubang,pecah perut nengok nya hehehe..
Lepas berendam terus kayuh sbb pendakian masih byk,perjalanan ke genting Sempah dah ramai yg mula koyak..

Berkumpul semula berdekatan roundbout Genting Sempah byk cerita yg di dengar,ada yg pening,ada yg krem,ada yg jatuh,ada di kejor anjing dan paling best ada yg sampai bertuam pakai teh ais hahaha..

Cabaran seterus nya mendaki bukit kejam nama jolokan yg diberi BB walau pun pendek tp dr 10 pengayuh 6 org terpaksa menolak tp time turun semua x ingat bukan main 'tabuh' lg dlm 15 minit dah sampai tempat parking kereta..

Keseluruhan perjalanan pegi balik sejauh 96.52km dengan laluan berkanopi serta pemandangan semulajadi yg menarik memungkin kan geng UGCC berkayuh lg disini jadi kepada member2 yg tertinggal harap boleh lah menjoin kan diri nanti..

Terima kasih pada ahli2 turut serta insya'allah 31hb/mac/2012 kita masuk race pula..

Terima kasih jumpe lg di lain cerita..

2 ulasan:

  1. moga lain kali lebih ramai lg yg folow...

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap2 begitu lah lebih2 lg Norman dan Pojie dah nak kuar Rb x termasuk Popai,Helmi,Yus serta Azam Rantau Panjang pun yg kata nak ikut ari tu..

      Padam