Translate

Halaman

Khamis, 4 Julai 2013

Ronda Riadah bersama Polis Kota Kemuning

Salam ceria semua..

Ahad 16-06-2013

Pagi tadi dah menyesah ke Kuang penat masih x hilang petang ni nak kayuh lagi,kalo ikutkan hati baik tido je tetapi memandangkan dah berjanji dengan Encik Mustafa Misdi maka kena gagahkan diri lagi pun program bertujuan baik x patut pulak kalo x pegi..

Kumpul punya kumpul sejak 3-4 hari yang lepas dapatlah kira2 13org,jadilah sebagai permulaan..

4.45ptg bergerak ke Kota Kemuning dan sesampainya disana pihak Polis  dah bersiap sedia..
Selepas membasah tekak dengan air mineral sessi bersuaikenal pun berlangsung dan x ketinggalan acara kegemaran ramai iaitu majlis bergambar..

Lebih kurang 5.30ptg kayuhan bermula bersama beberapa orang anggota Polis  yang beruniform lengkap serta diiringi kereta peronda dan motosikal bg memudahkan perjalanan ke Tasik Kota Kemuning..

Bagai di jangka kawasan sekitar tasik dipenuhi warga2 setempat dengan berbagai aktiviti seperti beriadah,memancing,bermain bot kawalan jauh,bermain layang2 dan x kurang juga sekadar membawa keluarga menghirip udara petang..
Tanpa membuang masa pihak berkuasa  pun mengedarkan risalah2 pencegahan jenayah sambil beramah mesra dengan penduduk setempat..

Kami dipelawa untuk meronda keliling tasik bersama dan disalah satu bahagian tasik tersebut kami berjumpa pasangan pengantin baru yang turut mengabdikan gambar kenangan berlatarbelakangkan kawasan tersebut dan mereka turut berposing bersama kami..

Selepas tamat acara kami telah dijemput minum petang sebelum  bergerak pulang ke Sri Muda..

Kami amat berbesar hati kerana telah dijemput membantu program yang julung2 kalinya diadakan diBandaraya Shah Alam  ini dan akan terus membantu  jika diperlukan  sehinggalah acara Ronda Riadah ini mencapai matlamatnya serta se gah Ronda Riadah yang dikendalikan oleh Tuan Hasbullah di Johor,cuma ada lah lebih baik kiranya geng basikal Kota Kemuning dapat turut serta diacara seterusnya berkemungkinan besar selepas Hari Raya Aidilfitri nanti agar ianya benar2 menepati matlamat sebenar program ini,kami dari UGCC bertindak sebagai back up sahaja..

Dengar cerita ada sponsor yg sudi menaja program ini di masa akan datang,kalau dapat  baju sponsor cantik juga tu..

Apa2 pun program sebegini amat baik bagi memberi kesedaran kepada penduduk bagaimana menanggani masalah jenayah dan memupuk kerjasama polis dan masyarakat agar keamanan sentiasa terpelihara..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan