Translate

Halaman

Isnin, 22 Julai 2013

Kayuhan malam Ramadhan 1434H IPD SHAH ALAM ke KLCC..

Jumaat 17~07~2013

Selamat sejahtera dan selamat berpuasa...

Puasa bukanlah penghalang kepada aktiviti kayuhan biarpun begitu kayuhan biasanya dilakukan pada sebelah petang sejam ataupun setengah jam sebelum berbuka puasa ataupun pada sebelah malam selepas bersembahyang Terawih..
Mana yang ada trainer dok atas trainer je lah tak payah susah2 nak membelah malam tp boring le sikit sesorang tak de teman..

Geng2 kayuh biasanya memilih malam Sabtu dan malam minggu bagi memenuhi naluri seorang Pengayuh,malam2 lain biasanya kalau ada yang kayuh boleh dikira dengan jari je bilangannya sebab keesokan hari akan bekerja...

Geng2 aku telah mengikuti kayuhan yang di anjurkan oleh geng KAYUHBEB cawangan Shah Alam diketuai abg Din aka DIN COP bermula dari hadapan IPD SHAH ALAM ke Petronas Twin Tower(KLCC)..

Kayuhan disertai Helmi,Nurazmy,Hisham,Yus,Pak Yogi dan tukang canang di wassapp Annuar Salehan..

Sekitar jam 10 mereka dah berada diperkarangan IPD mendengar sessi brieffing sebelum memulakan kayuhan yang agak meriah juga sambutannya melebihi 20 orang pengayuh turut menyertai dari berbagai kelab sekitar Shah Alam..

Paling menarik perhatian ialah Helmi yang menggunakan vest ambulannya yang cukup berkilauan bila terkena cahaya kalau pengguna jalan raya khususnya kenderaan bermotor tak  nampak lagi  tak tau nak kata apa..
Walaupun agak kurang selesa tetapi pemakaian vest amat bermanfaat bg keselamatan selain daripada penggunaan lampu kepada pengayuh beraktiviti di malam hari..

Perjalanan melalui Lebuhraya Persekutuan dan hentian rehat serta pengumpulan pengayuh adalah di NAZA automobile PJ sebelum meneruskan perjalanan ke KLCC..

Sampai di sana sessi bergambar berlangsung dengan rancaknya,berbagai gaya dilakukan sebagai bukti kukuh bahawa telah benar2 sampai ke tempat tujuan dan sebagai bukti kepada isteri bagi mereka dah berkahwin yang sang suami tak melencong ke tempat lain..
Pak Yogi dalam sakit2 dada pun tak ketinggalan dengan aksi trade marknya..

Selepas berehat serta bergambar dan minum2 di mamak perjalanan pulang dilakukan dan berjalan dengan lancar dan separuh daripada mereka terus bersahur sekali terutama yang bujang2 sebelum pulang ke rumah masing2..

Ada juga dari geng UGCC yang ikut kayuh dari MCD Puncak Alam ke Dragon Back bersama geng2 XL..

Diharap ada lg aktiviti di minggu depan,campur je geng2 mana pun apa ada hal janji dapat berkayuh serta keselamatan pula lebih terjamin bila berkayuh dalam jumlah yang ramai..

Terimakasih dan jumpa lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan