Translate

Halaman

Khamis, 13 Disember 2012

bib aku mana ? Broga Reverse 116


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

9 Disember 2012 tarikh yang dinanti-nantikan tiba juga. Setelah segala persiapan dilakukan semuanya bagaikan telah bersedia dan tak sabar lagi untuk menyertai acara ini. Sehari sebelumnya, aku dan Amir telah ke University of Nothingham untuk mengambil "godies bag" untuk rakan-rakan UGCC.

Jam 0500 9 Disember aku dah sampai dihadapan rumah Minami. Siap masukkan basikal Minami kedalam kereta kami pun bergerak ke Broga melalui lebuhraya Puchong. Berenti sekejap di Petronas selepas tol menantikan Amir dan Baha. Setelah mereka sampai, perjalanan diteruskan dan berhenti di restoran Hussein ditepi lebuhraya Kajang untuk bersarapan dan menantikan Cik Cha yang "terlajak perahu" pagi tu. Selesai sarapan kami ke surau berhampiran bagi menunaikan yang wajib.
Jam +/- 0700 kami tiba di Universiti Notingham terus parking kereta dan membuat persiapan apa yang patut. Basikal dah keluar, tayar basikal dah pam secukupnya aku pun capai beg nak bersiap pakai baju dan segala.... tapi ......................... korang isi sendiri lah ruang kosong tu ya. "Hint" ( tajuk entri aku kali ni ).
Apa nak buat hajat hati nak sambut "besday" aku sambil kayuh basikal tak tercapai :(( terpaksalah aku jadi jurufoto tanpa tauliah. Itupun tak banyak gambar yang aku dapat "snap" sbb keadaan jalan yang kebanyakkan nya dua lorong sahaja dan aku terpaksa memandu dibelakang peserta dan "support car" sahaja.

Apa-apa pun setinggi-tinggi tahniah aku ucapkan kepada Amir, BB, Minami serta Cha, Mariam, Azah dan Mg Miraie yang terus berjuang dan patah semangat bagi menghabiskan kayuhan sejauh 105 km ini.
"WA SALUTE KORANG SEMUA!!"

Jumpa lagi di lain entri.. Wassalam...

-are_jump-






















2 ulasan:

  1. ermm menulis dlm kecewa ni haha,lain kali pakai siap2 dr rumah bib supaya x jd penonton tp bagus juga org sambut hari jadi sepatutnya kene berehat menunggu hadiah tiba buat pe lah hendak memenatkan badan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... Ntah apa yg aku pikirkan ntah pagi tu, bib mmg dh standby tergantung je kat hanger tp aku tak ambik pakai..

      Padam