Translate

Halaman

Khamis, 25 April 2013

Tanpa tajuk..

As'salam dan salam sejahtera..

Telah beberapa minggu tiada posting baru diblog ni jadi aku pun gatai jari nak menulis..

Sejak awal bulan April x dengar pulak geng2 aku menyertai jamboree atau race mungkin tumpuan kearah piliharaya yg akhirnya telah ditetapkan akan diadakan pada 5-may-13 nanti..

Walaupun demikian kayuhan hujung minggu masih dilakukan walaupun hanya 3,4kerat kayuh kat Sempah-Bentong,2,3 org Jelutong-Dragon Back dan dan dibeberapa laluan yg berlainan..

Tp paling membanggakan aku Ah Leong telah meramaikan lg kaki kayuh yg terdiri dari rakan2 nya yg berbangsa Tionghua dan mereka ni cukup aktif,seminggu 3x kayuh(malam),Isnin dan Rabu menghala ke Bukit Tinggi manakala Jumaat menghala ke Bukit Jalil jika tiada membawa newbie..

Pada mlm Jumaat lepas aku berkesempatan ikut kayuh bersama memadangkan ada seorang kaki br kayuhan hanya ke Bukit Tinggi dan kehadiran mlm itu sangat memberangsangkan iaitu seramai 21 org x penah lg geng UGCC kayuh mlm seramai itu..
Tahniah Ah Leong yg telah kembali merancak kan kayuhan mlm yg sblum ni 'hidup segan mati x mau' je gayanya..

Oh ye disini aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada salah seorang 'orang penting' dlm group ni merangkap Admin di page fb UGCYCLING CLUB ia itu saudara Amir aka Musafir Kota yg bakal menamatkan zaman bujangnya pada tanggal 27-April-13 ini,semoga kekal ke hujung nyawa..

Pada 1hb-May-13
ni aku akan menyertai charity ride bg mengumpul dana buat anggota Polis dan Tentera yg terkorban di Lahad Datu anjuran Avanti..

Pada 19-May-13 pula aku akan turut ikut endurance race 12hrs di Putrajaya..
Training pun seminggu sekali je mampukah aku?
Apa yg penting mencuba dulu,kalah dah tentu menang adalah keajaiban..

Mungkin dikedua-dua event nih aku akan membuat liputan sambil berkayuh bg posting dibulan May nanti,In Shaa Allah...
Susah juga jd reporter x bergaji ni..

Sebelum berakhir aku ingin berpesan walaupun siapa yg menang pilihanraya ni,harap diterima secara terbuka dan berlapang dada x mau gaduh2 dan bermasam muka serta tidak bertegur sapa khasnya untuk geng2 basikal serata Malaysia dan terutamanya didlm group UNCLE GOH CYCLING CLUB ini.
Kayuh yop kayuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan