Translate

Halaman

Rabu, 31 Oktober 2012

UGCC ke Morib lagi.


Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Ini kali kedua buat geng2 UGCC berkayuh ke Pantai Morib.... 

hmmmm...mcm tak berapa kena je Intro aku ni... kali kedua untuk BB dah Minami tp kali pertama untuk majoriti pengayuh2 tegar UGCC yg baru join the club dan mungkin kali pertama berkayuh kesini bersama UGCC. 
Tulis kena terang nnti Tuan Director marah...hehehe

Untuk kayuhan kali ini seramai 10 org ahli UGCC telah menghadirkan diri... BB, Minami, JeMie, Ben, AhLeong, AhYik, Yus dan TembaxCiecax yg berkayuh dr pot UGCC di Sri Muda manakala AhPow menanti di Petronas, Johan Setia dan Uncle Sim pula menanti di Kota Kemuning.

Jam 0630 tayar masing2 dah mula bergolek menuju ke destinasi. Dalam perjalanan singgah sebentar di Petronas,Johan Setia dimana AhPow dah sedia menanti rakan2 UGCC, sempat juga lah pula AhLeong membetulkan seatpost beliau disini...alang2 dah berenti ya tak...hehe
Dari sini perjalanan diteruskan ke Banting, Alhamdulillah perjalanan lancar pagi ni dgn keadaan trafik yg agak lengang mungkin kerana ramai yg masih bercuti sempena Hari Raya Haji. Purata kelajuan masing2 pagi ni antara 29 - 30 km/j. Walau bagaimana pun ada juga antara rakan2 kita yg berkayuh agak perlahan mungkin kerana masih belum berapa biasa lagi.

Jam 0835 group pertama selamat tiba ke Pantai Morib. JeMie, Ben, TembaxCiecax dan AhLeong antara yg mula2 sampai. Manakala BB menjadi sweeper  dan tiba kira2 10 minit kemudian bersama rakan2 yg lain. Selesai masing2 berhenti rehat dan menghirup udara segar pagi di Pantai Morib, masing2 menuju pula ke kedai makan berhampiran utk mengisi perut. Tak byk kedai yg dibuka pagi ini jadi layan je lah mana yg ada.

Macam biasa sambil2 mengisi perut byk lah cerita2 menarik yg dikongsi bersama. Jam 0955 masing2 bersiap utk memulakan perjalanan balik. Time ni matahari dah mula nk meninggi...so ada lah juga yg dah bersiap2 ngan sunblock nya...almaklumlah nnti takut kulit rosak plak...hehe.Di pekan Morib Uncle Sim berhenti sekejap dikedai motor utk meminyak kan rantai basikal beliau yg dah kering dan.....................
dan apa lagi settle tu kayuh lah apa lg takkan nk tukar basikal ngan motor plak ya tak...hehehe ( mood merapu sbb aku tetiba stroke hilang idea...haha)

Lps pada tu group terpecah menjadi dua... BB dah naik sheikh dan mula tarik sampai 40 km/j manakala Ben, Yus, TembaxCiecax dan AhLeong cucuk angin BB. Tinggallah abg JeMie kita sorang2 kat tgh manakala Minami, Uncle Sim, AhYik dan AhPow dlm group blkg. Sampai di pekan Banting, Ben mintak berhenti di station BHP sbb dah tak tahan lapar. AhLeong tak ikut berhenti dan terus pecut blk ke Sri Muda. Lama menunggu kat BHP tapi group yg satu lagi tak muncul2, jadi keputusan dibuat oleh BB utk meneruskan perjalanan sbb Minami ada dibelakang sebagai sweeper dan boleh guide diaorg ni. Selepas BHP sekali lg abg JeMie kita ni kena tinggal sorang2 yg lain dah mula tak ingat dunia...hehehe
Menurut JeMie perjalanan dr Banting, Sijangkang dan Johan Setia dah mula sibuk masa ni dan keadaan jalan pun tak berapa elok dgn pasir byk atas jalan. Tu yg dia tak laju tu sbb dia sayang nnti basikal dia calar kena batu....hehehe ( adussss mood merapu lagi....) 

OK sambung blk... sampai di jalan motor KESAS highway, group dpn berhenti lagi.. disini Yus cuba menghubungi group yg satu lg dan......... ok2 aku sambung... dan mendapat info yg Uncle Sim krem kaki sebelum sampai Sijangkang dan tak dpt nak meneruskan kayuhan. Terpaksalah menalipon anaknya utk menjemput Uncle Sim blk dgn kereta. Tinggallah AhPow, AhYik dan Minami meneruskan kayuhan sesampai di Johan Setia pulak AhPow melencung blk ke rumah. Group dpn meneruskan kayuhan melalui Kemuning Utama - Giant dan terus ke Sri Muda. Kira2 jam 1225 group ni sampai ke kedai Uncle Goh. Setengah jam kemudian sampai pulak Minami seorang diri. Rupanya lps AhPow blk rumah AhYik plak menyinggah mkn nasi itik dgn kawannya...hehe kalo mkn nasi beriani bole juga Minami join sekaki...hmmmm sian abg halus yg terpaksa jd sweeper plak kali ni...hehehe. 

OK...demikian lah secara pjg lebarnya aku menceritakan pengalaman UGCC ke Morib kali ini. Jgn lah korang tertipu kerana aku tak ikut pun berkayuh sbb masih lg bercuti2 Malaysia di kg halaman ku yg tercinta.  
Sesungguhnya semua yg aku tulis diatas ni tiada yg bohong melainkan yg benar belaka sebagaimana yg di ceritakan oleh JeMie kpd aku. Kot bohong dia bohong lah aku...hehehe
Kredit kepada JeMie untuk cerita dan gambar2 yg disertakan disini...
terima kasih jgk kpd JeMie yg berjaya membuat otak aku stroke dua tiga kali menulis entri kali ini...hahaha

p/s : trip kali ni tak ada kes rim hilang.....


Meraikan ahli2 baru dan basikal baru ke GCE-KUANG-GCE..

Meraikan ahli2 baru dan basikal baru ke GCE-KUANG-GCE..

As'salammualaikum dan salam sejahtera..

Sebenarnya aku malas nak menulis tentang kayuhan ini tp memandangkan blog dah mula tumbuh lalang terpaksalah aku merajinkan diri walaupun kayuhan ini berlaku pada 3hb/oct yg lepas..

Agak lama bg aku dan geng2 regular seperti Mas dan Yus meninggalkan laluan ini tp setelah kawan2 baru yg melawa maka aku pun bersetuju untuk menyusuri laluan ini..

Pg ini aku,Yus,Mas,Mie Proton,Nuar Proton Hiroshi Nagoya,Abg Zainal PGA serta how do u do(Hajime Mashite) menyertai kayuhan ini,ia juga bg uji pandu Neil Pryde yg masih 'bau kedai' Hajime Mashite serta meraikan Abg Zainal berkayuh kali terakhir bersama kami sebelum berangkat pulang ke Terengganu selepas menamatkan tugasan di Shah Alam,ntah bila lg beliau dapat berkayuh dengan kitaorang x tau le,harap2 ada lah jodoh untuk bereakrasi bersama di lain masa..
Cuaca pg cukup terang pepagi lg dah terasa bahang pasti baliknya nanti kulit akan berbelang-belang..

Ketika melalui Bukit Jelutong dah dengar nafas lembu kene potong tp aku buat x tau je sebab sebelum ni ada aku gebang jalan flat je takut ada ngajak patah balik kalau bg tau depan banyak lg bukit..

Sepanjang perjalanan hingga tempat rehat rnr Elmina Abg Zainal dan Hajime agak jauh ketinggalan rupe2 nya seat post Bianchi Abg Zainal asik turun walau pun 2,3 kali diketatkan serta Hajime masih mencari-cari keserasian dr segi setting Neil Pryde nya..

Kami berehat di rnr hentian Selatan melepaskan kepenatan dan panahan mentari yg semakin terik sambil menikmati sarapan..
Agak ramai juga pengayuh yg berkayuh turut berehat di hentian ini..

Perjalan pulang berjalan lancar hingga sampai ke port di mana Mus telah menyediakan air bg menyambut kepulangan kami..

Had ni je lah aku dpt tuliskan semoga bersua lg di penulisan aktiviti mendatang....

Bujang tua

Rabu, 3 Oktober 2012

KOM KKB Fraser Hill Challenge, Selangor - 2012

Cha Peace bersama Wendy Wing
Assalammualaikum dan selamat Sejahtera....

Entri kali ini aku buat khas menggunakan font kaler PINK sebagai tribute kpd cik "Cha Peace" hehehe... Nak dijadikan cerita semua ketiga2 tukang merapu blog ni tak dpt menghadirkan diri dlm event kali ini. Jadi terpaksalah aku menjadi reporter atas pokok dan menginterview cik Cha Peace untuk mendapatkan berita.

Serba sedikit info berkenaan  event ini :
KOM atau King Of the Mountain ( hmm... knp xde Queen ya? ) Kuala Kubu Baharu - Fraser Hill, Selangor.
Berlangsung pada 30 Sept. 2012.
Bermula dr Stadium Kuala Kubu Baharu
Tamat di Gap, Fraser Hill.
Jarak Kayuhan 30.5 KM
5 kategori dipertandingkan MTB Man Masters, MTB Man Open, RB Man Masters, RB Man Open dan Women Open.

Kejohanan kali ini disertai oleh sdr. Baha, SY Chong, Alex, cik Cha Peace dan dua org rakan beliau, cik Siti Mariam dan Nor Hafiza a.k.a. Mg.Mirae. Dianggarkan seramai lebih dr 400 org peserta telah mengambil bahagian dlm kejohanan ini.
Peserta dlepaskan mengikut kategori masing2 dgn selang masa selama 5 minit bg setiap kategori ( 5 minute interval ). Menurut Cha, kategori Woman Open dilepaskan pada kira2 jam 0900 iaitu selepas semua kategori lelaki dilepaskan dahulu.
Dari apa yg diberitahu oleh sdr Baha pula, 5 km pertama benar2 memberi sedikit tekanan kepada para peserta , sampaikan basikal pun terasa seperti 'berat". Dan menurut Cha lg, bagi jarak yg seterusnya... hmmmmm...climbing, climbing dan terus climbing... tiada check point atau sebarang water station sepanjang pendakian mereka ini sehinggalah ke garisan penamatnya di Gap, Fraser Hill.

Sekalung Tahniah buat cik Cha Peace yg berjaya menamatkan kayuhan sepanjang 30.5 km ini tanpa henti dalam masa lbh krg 2 jam sahaja. ( kerek minah ni siap suruh aku tulis dia tak berhenti langsung...hehehe ). Begitu juga dgn lain2 ahli UGCC serta rakan2 yg berjaya menamatkan kayuhan walaupun ada antaranya yg mengalami sedikit masalah teknikal pada basikal, namun semangat juangnya tidak terpadam dan kayuhan diteruskan sehingga kegarisan penamat.
Juga dari apa yg diceritakan kpd aku, kejohanan ini turut sama disertai oleh 2 org atlit paralimpik Negara      ( seorang kurang tangan dan seorg lg kurang kaki dan menggunakan kaki palsu ). Pasti shj kehadiran mereka berdua ini membakar semangat lain2 peserta dan kami di UGCC tabik spring kpd anda berdua.
Sayangnya sehingga entri ini aku tulis keputusan penuh kejohanan masih blm dikeluarkan lagi oleh pihak penganjur.

Sekali lg sekalung tahniah kpd semua peserta KOM KKB Fraser Hill - 2012 terutama kpd ahli2 UGCC yg berjaya menamatkan kayuhan tak kiralah pada kedudukan nombor berapa sekali pun.
Buat rakan2 UGCC yg lain, teruskan berkayuh tak kira apa sahaja matlamat anda semua dan selamat maju jaya. 

ENJOY CYCLING.

p/s : laporan dan gambar kredit kpd "Cha Peace"

-are jump-


starting point.


posing dulu.

Baha dan Siti Mariam.

Tahniah..ni Queen of The Mountain punya.

Diva's