Translate

Halaman

Khamis, 14 November 2013

Kayuhan 'muncul kembali' Mas..

Salam ceria..

Pada hari Isnin dan Selasa yg lepas Mas telah mengajak aku menemani beliau membuat kemunculan semula setelah 6 bulan basikal diperam nasib baik basikal 'kaben' kalo basikal besi dah berkerak karatnya..
Selain aku Hadi pun turut serta..

Kayuhan hari Isnin hanya disekitar Shah Alam sahaja meliputi seksyen 16,2,bukit UITM 3 loop dan kawasan tasik Shah Alam,baru mula balik dah ngajak tempat berbukit ujung2 aku yg otai ni yg terjelir lidah dibuatnya sedangkan dia macam baru 6 hari x kayuh je gayanya...

Hari kedua Selasa Maal Hijrah..

Kali ini destinasi kayuhan kemunculan semula Mas membawa aku ke bukit yg lebih tinggi dan Hadi yg power masih setia menemani..
Aku agak terlambat bangun pg tu dan kami gerak hampir kul 8 tetapi cuaca yg mendung membuatkan bersemangat untuk teruskan hajat mengayuh..

Laluan kali ini bermula dr Sri Muda-Seksyen 21-Batu 3-Bukit Jelutung-Gutrie-Puncak Alam-Dragon Back,jenuh aku nak memolo org2 muda ni tp folo juga lah kalo tinggal jauh sangat nanti takut tayar bocor ke payah aku,dah le pam pun xde....

Semasa di atas DB berjumpa geng2 folding yg dtg dr arah bertentangan semuanya peramah dan siap angkat tangan lg cuma yg x bestnya masa tu diaorang tengah turun manakala aku tengah naik,mau x mau angkat juga le walaupun tengah mencunggap,takut nanti orang kata sombong  pulak..

Sampai bukit hujung sekali kami berhenti dan melihat aksi mat mtb yg mau mula mendaki dan sempat melihat salah sorang dari mereka mula bawah up saddle sampai keatas dengan selambanya setelah diamati rupanya otai Ravi Rafi yg sedang membimbing anak buahnya berlatih..

Aku mencadangkan balik ikut Meru kerana hujan dah turun rintik2 sempat mencari tempat berlindung tp xde siapa pula yg tau ikut jln dlm jadi aku mengajak mereka masuk highway Setia Alam dan kami singgah Petronas menanti hujan teduh..

Habis sebuku roti hujan masih x berenti lg dan kami teruskan perjalanan dlm hujan yg semakin lebat hingga bertemu flyover dan berlindung sebentar dan kembali meneruskan perjalanan kerana tiada tanda hujan akan berhenti..

Sampai flyover seksyen 8 kami mengangkat basikal menyusuri tebing lebuhraya untuk naik keatas ala2 cyclocross le pulak..

Teruskan perjalanan dan singgah seksyen 2 pekena abc sebelum kembali ke Sri Muda..

Jarak kayuhan dlm 65km sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan