Translate

Halaman

Khamis, 14 November 2013

Susah Senang Menjadi Crew Jamboree....

Assalammualaikum serta salam sejahtera buat semua...

Telah agak lama menyepikan diri kali ini aku menulis kembali walaupun mungkin perkara ini telah agak lama berlaku dan hampir2 berkulat..

Aku telah dipelawa oleh saudara Annuar Salehan dr BikeAway untuk membantu menjayakan HyperTrack Jamboree anjuran Rezadaflora di Dengkil Sepang pada 22/09/2013 yg lalu..

Seawal ptg hari Jumaat lg aku telah dibawa  oleh saudara Annuar ke rumahnya dan sesampai jer kerumahnya aku telah ditugaskan untuk meliminate plate no peserta yg masih belum siap lg..
Baru beberapa keping disiapkan aku diajak ke Cyclomotion Wangsa Maju untuk mengambil hadiah cabutan bertuah yg ditaja oleh kedai Basikal berkenaan..
Borak punya borak dengan saudara Azhari tauke Cyclomotion    tak sedar jam dah melepasi 12.30mlm dan kami meminta diri untuk ke Dengkil pula bg membantu pembungkusan goodies bag peserta di dewan orang ramai Dengkil,oleh kerana agak ramai yg berada disana kami kembali ke rumah bagi menyiapkan kerja-kerja yg terbengkalai,sudahnya sampai ke pg juga br semuanya dapat disiapkan,semalaman aku tak tido dibuatnya...

Hari kedua Sabtu 21/09/2013

Kira2  jam 9pg aku dan saudara Annuar dah bergerak ke Dengkil mengambil goodies bag dr dewan dan dibawa ke Dataran Dengkil dimana proses pengambilan goodies bermula pada jam 10pg...

Aku,Annuar,Sham,Haitsan knr,uncle Sam mula memasuki trek kayuhan kira2 jam 12 tengahari bg menandakan kembali kawasan laluan peserta agar lebih sempurna supaya tiada peserta yg akan tersesat..
Proses penandaan trek kayuhan berjalan lancar hinggalah sebelum memasuki laluan HyperTrack dimana pintu pagar kawasan tersebut telah dikunci dan kami berharap tanda2 arah yg dibuat sebelum ini tidak dialih atau dicabut oleh kanak2 kawasan perumahan yang terletak begitu hampir dengan garisan penamat..
Kami akhiri tugas mlm itu dengan membuat laluan finishing line hasil idea bernas saudara Sham Somak yg amat gemar bermain dengan risiko..

Oleh kerana takut terlambat dihari kejadian kami bermalam didewan sahaja pada mlm tersebut..

Hari kejadian Ahad 22/09/2013

Baru nak lena alarm hset dah melalak,dapatlah tido 2jam dan kami terus gerak dataran Dengkil  dan seperti dijangka telah ada peserta yg sudah sampai,tugas aku adalah mengagihkan baju untuk crew yg bertugas sebelum membantu menampal sticker check in,memberi roti serta air dan memotong kopun lucky draw dr plate peserta..

Sebelum peserta dilepaskan aku telah bergerak ke tempat aku ditugaskan disimpang dimana peserta br menuruni bukit..
Ada antara peserta yg singgah ditempat aku untuk berehat dan maklum balas dari mereka tentang trek dan tanda arah agak memberangsangkan..
Selepas peserta terakhir melintasi persimpangan yg aku jaga aku pun kembali ke tapak permulaan dimana ada sedikit kekecohan telah terjadi akibat tanda arah yg hilang menyebabkan ada peserta yg sepatutnya mendapat rangking 10 teratas terkeluar dari  senarai dan menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir dr mereka...
Bagi bersikap adil pihak penganjur telah menambah bilangan hadiah kategori open menjadi 15..

Siapa sangka penat lelah yg keluarkan dihampakan dengan kehilangan tanda arah di 200 ke 300meter dr garis penamat..
Kecewa tu mmg kecewa tp benda nak jd xleh nak buat apa dan yang paling utamanya barulah aku tau susah senang menjadi crew event berbasikal jika dulu asyik nak komplen jer event orang, sekarang baru tau langit tinggi ke rendah...

Sekian sahaja coretan aku untuk kali ini,terimakasih pada yg sudi membaca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan