Translate

Halaman

Khamis, 14 November 2013

MBSA fun ride Extrem Park Seksyen 13 ke Tasik Biru Kundang

Assalam,yg maha damai buat semua yg melayari blog ini...
Sekali lg laporan terlambat yg aku baru rajin nak melaporkan nya..

Pada tanggal 7/10/2013 yg lepas aku berkesempatan untuk mengikuti kayuhan anjuran MBSA ini dan oleh kerana ianya jatuh pada hari Sabtu ramai kengkawan yg x dpt turut serta jd aku berkayuh solo ke extrem park seawal 6.45pg..

Sesampainya disana hanya 2,3org peserta jer yg ada dan semasa mendaftar muka2 biasa  MBSA seperti tuan Jaid,Rina Jordana dan beberapa org lg sempat berborak dan mengalu-alukan kedatangan aku serta rakan2 rider yg lain..

Memandangkan masih terlalu awal aku terus ke restoran mamak berhampiran untuk pekena teh tarik dahulu..

Apabila kembali ke tapak permulaan semakin ramai rider yg telah tiba adalah kelihatan beberapa orang pengayuh yg aku kenal serta geng2 junior aku pun ada juga rupa-rupanya..

Sedang melenggong sesorang tetiba ada yg memberi salam,aku x berapa nak cam sebenarnya tp setelah memperkenalkan diri barulah aku ketahui beliau adalah wak Midi yg selalu memberi komen dlm page UGCC..
Pagi tu aku berdua dengan dia jerlah sepanjang masa,x kering gusi mendengar celotehnya serta pengalaman beliau berkayuh di TCR minggu sebelumnya..

Perjalanan berjalan lancar tp kerana jln yg agak berbukit ada peserta yg agak ketinggalan dan beberapa kali diadakan cp bg mengumpul kembali semua penggayuh..

Ketika berhenti di Petronas Sg Buluh aku terperasan basikal lama aku jenis Tank yg x diketahui siapa pembelinya sebelum ni dan ianya menjadi milik Ezam MBSA rupanya,patut semalam sibuk mencari kasut baru sebab nak ikut kayuhan ni juga kiranya...

Sampai di Tasik Biru cabutan bertuah diadakan dan Ezam berjaya mendapat lampu belakang manakala Wak Midi mendapat sebijik botol air,aku seperti biasa mmg susah nak menang cabutan bertuah ni tp bila sampai dihadiah ketiga sebelum grand prize nama aku dipanggil,Alhamdullilah dapat lah sebijik helmet Azonic elok sangatlah sebagai ganti helmet aku yg hilang tempohari bertuah juga kitaorang pada hari tersebut..

Acara seterusnya menanti ketibaan pengayuh solo fixie pusing satu Malaysia tiba dari Kuala Selangor  
dan memandangkan jam melewati 12 tengahari aku mengambil keputusan untuk bergerak pulang bersama Ezam,Wak Midi dan dua org pengayuh yg lain..

Total kayuhan hari itu dapatlah 90km..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan